Madah berkait dengan pujangga, dan pujangga berkait dengan puisi. Adakah 'madah' boleh dikategorikan sebagai genre puisi? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, madah bermaksud 1. kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar madah Tuan Penghulu itu; 2. (sastera lama) perkataan; berpanjang madah berkata (menghuraikan dll) dengan panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pendeknya;. Bermadah pula bermaksud bersyair dll dengan memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja. Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradisional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. Daripada huraian maksud, madah boleh dihimpunkan dalam genre puisi. | Sastera | 15.06.2019 |
apa maksud pujangga? | Untuk mendapatkan makna perkataan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis kata kunci kata yang diperlukan dalam ruangan "Carian Spesifik". | Makna | 02.08.2016 |
apa maksud pujangga | Untuk mendapatkan makna perkataan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis kata kunci kata yang diperlukan dalam ruangan "Carian Spesifik". | Makna | 02.08.2016 |
Benarkah ungkapan “kata pujangga” perlu ditukar menjadi “kata-kata pujangga” seperti lazimnya kita menggunakan ungkapan “kata-kata hikmat”? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kata ini membawa makna yang sama dengan kata hikmat. Saudara boleh menggunakan kedua-dua kata ini secara tunggal atau mengulanginya mengikut penggunaan dalam teks atau wacana saudara. | Lain-lain | 23.02.2009 |
Penggunaan kata "Yang" dalam tajuk. Adakah huruf pertama perkataan "Yang" perlu menggunakan huruf besar bila digunakan dalam tajuk? Contohnya tajuk buku "Pujangga yang Malang", adakah perkataan yang dihuruf-besarkan menjadi "Pujangga Yang Malang"? Boleh berikan contoh lain? Terima kasih. | Dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman. Oleh itu, penulisan pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan. Contoh penulisan tajuk yang betul ialah: Pujangga yang Malang atau PUJANGGA YANG MALANG. | Tatabahasa | 16.04.2018 |
Antologi sajak karya Zurinah Hassan | Antara antologi sajak karya Zurinah Hassan ialah Pujangga Tidak Bernama terbitan DBP, 1994. Sekian. | Lain-lain | 03.03.2009 |
Siapakah Raja Ali Haji dan Sumbangannya dalam bidang bahasa Melayu? | Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad ialah seorang ulama, sejarawan, pujangga. Untuk keterangan lanjut, sila lawati Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka atau pun mana-mana perpustakaan yang berdekatan. Terima kasih. | Lain-lain | 06.12.2007 |
apakah ciri-ciri kesusasteraan melayu? bagaimanakah perkembangan kesenian melayu? | Antara ciri sastera Melayu ialah sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu, tentang dunia Melayu dan oleh pujangga Melayu. Saudara boleh merujuk buku yang ditulis oleh sarjana seperti Tan Sri Datuk Ismail Hussein, Prof. Mohd. Taib Othman, Prof. Muhammad Haji Salleh dan lain-lain tentang ciri -ciri tersebut. Kesenian Melayu tetap dipelihara dan mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Kerajaan telah menubuhkan kementerian dan institusi untuk memelihara dan memartabatkan khazanah kesenian Melayu. | Lain-lain | 28.04.2008 |
Bolehkah "mahakarya" digunakan untuk perkara selain karya, filem dan novel? Contohnya "masterpieces of military history" diterjemah menjadi "mahakarya sejarah tentera". | Terjemahan yang sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah yang terbaik, sejarah tentera yang terbaik. Mahakarya digunakan dalam konteks karya agung yang dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dan lain-lain) pada sesuatu zaman. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
Salam Sejahtera. Saya adalah salah seorang peminat puisi terutama yang diterbitkan oleh pihak DBP. Seringkali juga menyertai pertandingan mencipta lagu-lagu puisi anjuran DBP, walaupun setakat ini gagal keperingkat akhir. Antara puisi-puisi pilihan untuk dilagukan ialah yang ditulis oleh Zurinah Hassan. SOALAN: BOLEHKAH saya memuatkan lagu-lagu puisi ciptaan saya dari puisi Zurinah Hassan yang gagal keakhir dalam pertandingan anjuran DBP kedalam 'BLOG' saya menerusi YOUTUBE? PERLUKAH saya memohon kebenaran bertulis dari pihak DBP? APAKAH ada lain-lain syarat yang perlu dipatuhi.? TIADA tujuan komersil, cuma sekadar memaparkan minat saya dalam bidang seni. SEINGAT saya ada tiga buah puisi Zurinah Hassan yang dipetik dari buku 'Pujangga Tidak Bernama' terbitan DBP telah saya lagukan untuk menyertai pertandingan berkenaan. Mohon penjelasan. Sekian. Terima Kasih. | Salam takzim, Sumbangan saudara secara berterusan dalam kegiatan penyebaran karya puisi kepada kalangan masyarakat melalui penyertaan dalam Sayembara Mencipta Lagu Puisi amat dihargai. Dimaklumkan bahawa hanya lagu-lagu puisi yang layak ke peringkat akhir sahaja yang menjadi hak penganjur iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menerbit dan merakam lagu-lagu tersebut. Justeru, karya lagu puisi saudara yang tidak berjaya ke peringkat akhir menjadi hak milik saudara untuk diterbitkan dan disebarkan. Namun demikian pihak kami menasihati saudara agar menghubungi penyair Zurinah Hassan (016-2598049) terlebih dahulu sebelum menerbitkannya bagi medapatkan izin terbit naskhah puisi tersebut. Selamat maju jaya. | Lain-lain | 29.11.2010 |