Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ju.kan]/[pu.ju/.kan] | ڤوجوقن

Definisi : kata-kata yg sangat menarik utk memikat hati: ~ rayu; ~ cumbuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ju.kan]/[pu.ju/.kan] | ڤوجوقن

Definisi : kata-kata yg lemah lembut atau baik-baik utk melembutkan hati (memikat hati dll): Segala ~ dan rayunya tidak diendahkan oleh gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pujuk
Kata Terbitan : memujuk, pujukan, pemujukan, pemujuk,

Peribahasa

Awak menangis diberi pisang.

Bermaksud :

Bujukan (pujukan) yang tepat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'berkenan' sesuai digunakan dalam ayat di bawah? Sewaktu kita dalam keadaan panas baran, kita tidak akan berkenan dengan pujukan daripada sesiapa pun.

Berkenan bermaksud bersetuju di hati atau berasa gembira (puas hati atau senang hati) tetapi tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Pujukan lazimnya dikaitkan dengan terpengaruh ataupun termakan pujuk bukan berkenan atau bersetuju dengan pujukan. Panas baran juga ialah sifat dan bukan keadaan.

Tatabahasa25.08.2011
Selamat Sejahtera. Saya inginkan terjemahan perkataan word-of-mouth. Perkataan ini merujuk kepada perbuatan pujukan / ayat-ayat manis oleh penjual kepada pembeli, sama ada secara bersemuka atau dalam media sosial. Terima kasihDalam konteks yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk word-of-mouth ialah kata-kata manis atau janji manis.Penyemakan dan penterjemahan08.03.2018
1. Apakah penjodoh bilangan untuk “lampu”? 2. “Azmi memberikan laluan kepada orang tua untuk menaiki bas” “Azmi memberikan laluan kepada orang tua menaiki bas”, Ayat manakah yang betul? 3. “Saya suka makan kek yang enak yang dibuat oleh ibu”. Bolehkah kata hubung “yang” digunakan dua kali dalam satu ayat? 4. Apakah maksud “umpat keji”? 5. “Azlan tewas terhadap pujukan adiknya jua”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat. Terima kasih.1. Penjodoh bilangan yang paling hamper ialah buah - untuk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu).
2. Azmi memberikan laluan kepada orang tua menaiki bas.
3. “Saya suka makan kek yang enak yang dibuat oleh ibu”. Ayat ini betul. 
4. Lihat maksud umpat dan keji di www.prpm.dbp.gov.my.  
5. “Azlan tewas dengan pujukan adiknya jua”.
Tatabahasa26.12.2014
Saya sedang menterjemah satu tulisan yang banyak mempunyai perkataan "persuade" and "pre-suade". "Pre-suade" dimaksudkan sebagai proses "menyediakan" penonton terlebih dahulu dengan bahan-bahan yang akan memancing simpati mereka untuk lebih senang menerima produk/servis yang ingin ditawarkan. Dalam konteks ini, bolehkah saya menggunakan perkataan "persuasi" and "presuasi" dalam BM untuk mengekalkan format asal tulisan? Terima kasih.Tiada perkataan "persuasi" dan "presuasi" dalam bahasa Melayu.

Padanan kata untuk perkataan "persuade" ialah persuasif yang bermaksud berupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain untuk melakukan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Mengikut data kami, istilah "moral suasion" bermaksud bujukan moral dan "role for moral suasion" ialah peranan untuk pujukan moral. Justeru itu, cadangan kata untuk "pre-suade" ialah prapujukan berdasarkan analisis data yang ada.  

 

Makna19.05.2018
Saya sedang menterjemah satu tulisan yang banyak mempunyai perkataan "persuade" and "pre-suade". "Pre-suade" dimaksudkan sebagai proses "menyediakan" penonton terlebih dahulu dengan bahan-bahan yang akan memancing simpati mereka untuk lebih senang menerima produk/servis yang ingin ditawarkan. Dalam konteks ini, bolehkah saya menggunakan perkataan "persuasi" and "presuasi" atau "pre-suasi" dalam BM untuk mengekalkan format asal tulisan? Jika tidak, bolehkah pihak DBP memberikan cadangan perkataan lain? Terima kasih.Tiada perkataan "persuasi" dan "presuasi" dalam bahasa Melayu.

Padanan kata untuk perkataan "persuade" ialah persuasif yang bermaksud berupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain untuk melakukan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Mengikut data kami, istilah "moral suasion" bermaksud bujukan moral dan "role for moral suasion" ialah peranan untuk pujukan moral. Justeru itu, cadangan kata untuk "pre-suade" ialah prapujukan berdasarkan analisis data yang ada.
Lain-lain19.05.2018

Kembali ke atas