Pada pukul tujuh pagi / Pada pukul 7 pagi / pada pukul 7.00 pagi / pada pukul 7:00 pagi. Mana satu yang betul? | Yang paling tepat ialah ...pada pukul 7.00 pagi. | Tatabahasa | 09.03.2010 |
Selamat petang, saya nak tanya hingga ke betul tak? atau hingga sahaja? Contoh: 'dari pukul 3.00 petang hingga ke pukul 5.00 petang' betul atau 'dari pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang' betul? | Ayat yang betul penggunaan kata sendi namanya ialah 'dari pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang'. Kata sendi nama 'ke' tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Kata sendi nama 'ke' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah. | Tatabahasa | 25.04.2007 |
Lieya Hassan Feb 9th, 5:26pm Adakah Sistem pemenggalan waktu yang dikeluarkan oleh DBP ini betul? (Sumber DBP) Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 | Pemenggalan waktu ini betul. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 | Tatabahasa | 09.02.2015 |
Sistem pemenggalan waktu (Sumber DBP) Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 Betul ke? | Keterangan yang diberi adalah betul | Lain-lain | 09.02.2015 |
tengah hari adalah dari pukul berapa sampai pukul berapa? sebahagian daripada buku atau sebahagian buku ? Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri? Yang Dipertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong? | 1. waktu tengah hari dari pukul 12.00 - 1.59 tengah hari. 2. sebahagian buku 3. Ketua-ketua Menteri 4.Yang di-Pertuan Agong. | Lain-lain | 14.01.2007 |
a. Pukul bila sekarang? b. Pemeran itu diadakan pada pukul bila? Ayat (a) dan ayat (b) betul? Atau mesti menggunakan “pukul berapa” Jika jawapan ialah berapa, mengapakah masa menggunakan berapa? | Penggunaan yang betul ialah Pukul berapa sekarang? dan Pameran itu diadakan pada pukul berapa? Untuk makluman tuan, berapa ialah kata tanya melibatkan bilangan, dalam hal ini masa kiraan pada jam. Perkataan bila pula menunjukkan masa sesuatu peristiwa atau kejadian berlaku (tarikh, masa tempoh). | Tatabahasa | 31.07.2018 |
PENGGUNAAN PERKATAAN JAM DAN PUKUL UNTUK MASA | PUKUL 7.00 MALAM 2 JAM | Istilah | 08.03.2011 |
Adakan waktu dalam bahasa melayu telah ditetapkan?Contohnya pukul berapa hingga pukul berapa ialah pagi,tengah hari,petang,malam dan sebagainya.Adakah ini telah diteteapkan? | Waktu diatur seperti yang berikut: 1.00 pagi hingga 11.59 pagi 12.00 tengah hari hingga 1.59 tengah hari 2.00 petang hingga 6.59 petang 7.00 malam hingga 11.59 malam 12.00 tengah malam hingga 12.59 tengah malam | Lain-lain | 22.05.2010 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya penggunaan yang betul sama ada : pukul 1 tengah hari @ pukul 1 petang | Penggunaan yang betul ialah 1.00 tengah hari. | Lain-lain | 05.08.2020 |
bila DBP buka? dari pukul berapa? | DBP dibuka mengikut waktu pejabat iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.30 petang, dari hari Isnin hingga hari Jumaat. | Lain-lain | 08.09.2009 |