Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan. | Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, isteri ialah perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada lelaki; teman hidup, suri rumah. Balu pula merujuk perempuan yang suaminya sudah meninggal. Dari segi penggunaan bahasa Melayu yang betul ialah nama ibu (Balu kepada Allahyarham si polan). | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Salam, Mohon bantuan bagi maksud JAYAWARA? | Untuk makluman tuan, tiada perkataan jayawara dalam data kami. Perkataan yang hampir sama ialah jerayawara yang bermaksud persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya yang diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb: persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri ~ yang meliputi seminar dan pameran. | Tatabahasa | 22.04.2014 |
apakah yang dimaksudkan dengan psikologi? | Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan psikologi sebagai; 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; 3. kebijaksanaan memahami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil?. Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi&d=1 untuk lebih lanjut. | Makna | 10.02.2013 |
salam sejahtera. Apakah maksud perkataan di bawah? 1.progresif 2.insane 3.eksplisit 4.Perspektif ekologi 5.Makrosistem 6.kronosistem 7.Psikologi 8.mikrosistem 9.mesosistem Terima kasih atas bimbingan anda. ekosistem konstruktivis pengkuhan verbal | 1.progresif = sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan: 2.insane = Padanan bagi perkataan bahasa Inggeris insane ialah tidak siuman. 3.eksplisit = (dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat: 4.ekologi = kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana. 5.Makrosistem = Dalam data kami, terdapat sistem makro iaitu sistem yang mempunyai kebolehan menghimpun dan juga menjanakan suruhan makro atur cara. 6.kronosistem = Dalam data kami tiada makna khusus bagi sistem kroon. Perkataan yang paling hampir ialah kronologi iaitu susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. 7.Psikologi = 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu. Sila rujuk lama web http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi. 8.mikrosistem = Sistem mikro ialah system yang kecil atau halus. Mikro bermaksud halus; kecil. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=+mikro 9.mesosistem = Perkataan ini tidak wujud dalam data kami. Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna perkataan. | Makna | 01.07.2013 |