saya keliru penggunaan kata 'BALIK' dengan perkataan 'PULANG'. Bilakah masa yang atau situasi yang paling sesuai menggunakan perkatan 'BALIK' DAN 'PULANG'. ayat manakah yang paling sesuai/tepat: Saya hendak balik ke rumah atau saya hendak pulang ke rumah. | Merujuk Kamus Dewan perkataan balik dan pulang sama sahaja maknanya. Dalam contoh ayat yang diberi, "Saya hendak balik/pulang ke rumah atau", balik dan pulang kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.12.2007 |
tuan pulang dari majlis kenduri atau pulang daripada majlis kenduri? TQ | Pulang dari majlis kenduri. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
penggunaan dari dan daripada: soalan : pulang dari menjalani latihan atau pulang daripada menjalani latihan, terima kasih. | dari untuk tempat atau masa (dari KL, dari pukul 3.50ptg.) daripada untuk (selain masa dan tempat). pulang daripada menjalani latihan. | Tatabahasa | 03.09.2012 |
Tuan, yang manakah betul? 1. Hani pulang ke kampung bersama-sama keluarganya. 2. Hani pulang ke kampung bersama keluarganya. Maklum balas tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Hani pulang ke kampung bersama-sama keluarganya. | Tatabahasa | 07.07.2013 |
Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? 1) Nasril jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis. - Mana satu yang lebih tepat?jarang pulang ke kampung atau jarang-jarang pulang ke kampung? 2) Ali risau kerana rambutnya sudah jarang.Betul ke penggunaan jarang dalam konteks ayat tersebut? | Jarang bermaksud: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap, 2. tidak lebat, tidak padat; dan 3. sama maksudnya dengan jarang-jarang, iaitu tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata jarang dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun apabila hendak menggambarkan maksud tidak kerap lazimnya perkataan jarang-jarang yang digunakan. | Tatabahasa | 19.02.2013 |
Yang manakah betul? 1. Para tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. / Tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. 2. Pelbagai jenis sayur / pelbagai jenis sayur-sayuran/ pelbagai jenis sayur-mayur. 3. bergai-bagai jenis buah/ berbagai-bagai jenis buah-buahan | 1. Tetamu boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam ayat contoh yang diberikan jelas menunjukkan ramai tetamu kerana adanya frasa "pulang ke rumah masing-masing". Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing". 2. Pelbagai sayur. Perlbagai juga bermaksud jenis. 3. Bergai-bagai buah. Berbagai-bagai sama maksudnya dengan bermacam-macam. | Tatabahasa | 07.10.2012 |
Salam sejantera, Mohon perlu penjelasan frasa "pulang paku buah keras". Harap dapat sertakan contoh ayat bagi menerangkan maksud. Terima kasih. | Pulang paku buah keras bermaksud memulangkan balik kata-kata atau sindiran yang ditujukan kepadanya dahulu kepada orang yang menyindirnya. Saleha pulang paku buah keras kepada rakannya yang pernah bercerita pasal dirinya. | Makna | 13.02.2013 |
Adakah ayat yang berikut betul? "Puan Sainah terburu-buru pulang ke rumah setelah menerima panggilan telefon daripada anaknya."? | Ayat yang betul ialah 'Puan Sainah pulang terburu-buru ke rumah setelah menerima panggilan telefon daripada anaknya.' Dalam ayat ini, terburu-buru ialah kata adverba yang berfungsi menerangkan kata kerja (pulang). | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Apakah peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut : 1. seperti belut pulang ke lumpur 2. air susu dibalas dengan air tuba | Peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut ialah 1. seperti belut pulang ke lumpur = seperti burung gagak pulang ke benua. 2. air susu dibalas dengan air tuba = campak bunga dibalas dengan campak tahi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Peribahasa Sekolah Menengah, Asiah Abdul Rahman dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Abdullah Hussain. | Lain-lain | 01.09.2010 |
Saya keliru tentang penggunaan 'bila'.Adakah ayat ini betul 1.Ibu tidak tahu bila ayah akan pulang dari luar negara | Ayat tersebut salah. Ayat yang betul ialah: 1. Ibu tidak tahu akan tarikh ayah akan pulang dari luar negara. 2. Ibu tidak mengetahui tarikh ayah akan pulang dari luar negara. | Tatabahasa | 20.01.2013 |