Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.las] | ڤولس

Definisi : berputar-­putar, berpintal-pintal, berpusing-pusing (tali dll); memulas 1. memusing (kunci, leher, skru, telinga, dll), memutar: jika boleh tangkai bunga itu hendaklah dipulas sedikit sebelum dilentur; 2. memegang sesuatu lalu diputar, memilin, memiuh (kain basuhan, tali, dll): kain itu dipegang dgn dua belah tangan kemudian dipulas, keluarkan seberapa banyak air yg dapat; 3. ki memutarbalikkan (kebenaran, perkataan, dll): seorang yg terkenal pandai ~ perkataan; tujuan atau maksud ayat itu sudah jelas tidak dapat dipulas lagi; ~ pusing bp memutarbalikkan (perkataan dll); pemulas alat utk memulas (skru dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.las] | ڤولس

Definisi : ; memulas berasa sakit spt berpilin-pilin dlm perut, mulas; usus ~ sakit kejang pd usus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.las] | ڤولس

Definisi : ; (ber)hempas-~; ®hempas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.las] | ڤولس

Definisi : ; memulas 1 membuat sesuatu (spt skru, kunci) menjadi berputar; memusingkan; memutarkan: ~ telinga anaknya. 2 memegang serta memiuh sesuatu supaya berpilin; memilin: ~ kain yg basah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.las] | ڤولس

Definisi : ; memulas berasa sakit perut spt dipulas-pulas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulas
Kata Terbitan : berpulas-pulas, memulas,

Puisi
 

Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ulasan tentang sinopsis novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad. Ulasan Tentang watak Jeha dan Lahuma dalam novel tersebutSdr. yang bertanya,

1. Sinopsis ringkas novel tersebut ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan kemiskinan keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah yang diwakili oleh Lahuma bersama isterinya, Jeha dan anak-anaknya.  bagi Lahuma dan keluarganya "mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah SWT. Itulah pegangan hidup Lahuma dan keluarganya.  Lahuma sekeluarga terpaksa berhempas pulas bekerja di tengah bendang dengan melawan segala bencara yang merosakkan tanaman padi mereka. kematian Lahuma menambahkan lagi penderitaan Jeha dan anak-kanaknya untuk menyelamatkan padi mereka daripada bencana alam, sehingga  Jeha menjadi gila. Tugas tersebut terpaksa ditanggung pula oleh anak mereka, Senah dan adik-adiknya.


2. Secara umumnya watak lahuma dan Jeha digambarkan mempunyai semangat waja sebagai mewakili masyarakat kaum tani yang bergitu gigih berusaha dengan jerih payah. Apa saja dugaan yang melanda mereka tetap mengharungi dengan segala usaha yang ada. bagi petani seperti mereka, hidup mati mereka semuanya bergantung kepada hasil padi.  Pengangan hidup mekera apa saja kurniaan  Allah, "Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah SW"  mereka tetap terima dengan tabah dan  rasa syukur.

sekian sahaja jawapan ringkas dari saya. saudara boleh mendapatkan kefahaman yang lebih lanjut dengan membaca esei-esei dan kritikan berkaitan novel tersebut daripada buku-buku
terbitan DBP.
Sastera14.03.2012

Kembali ke atas