Bagaimana pula sekiranya, angka 1, 380 004= "one million three hundred eighty thousand and four', adakah ia diterjemahkan sebagai satu juta tiga ratus lapan puluh ribu dan empat ataupun satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat? terima kasih | Satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
As salam. Saya nak tanya. Betul ke istilah dalam bahasa kita sebut dua puluh lapan ratus atau tiga belas ratus? | Dalam bahasa Melayu, penulisan yang betul ialah dua ratus lima puluh ribu (250 000) dan tiga belas ribu (13 000). | Tatabahasa | 02.12.2013 |
yang betul mengenai RM5,066.00 dalam perkataan. RM Lima Ribu Enam Puluh Enam sahaja atau RM Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja. | Cara penulisan yang betul untuk RM5,066.00 ialah (Ringgit Malaysia: Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja). | Tatabahasa | 27.12.2006 |
Apakah terjemahan bagi ayat yang berikut dan cara menulisnya dalam angka? "Satu biliun empat puluh delapan triliun dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh delapan" | Puan, Penulisan yang betul: Satu trilion empat puluh lapan bilion dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh lapan. Penulisan dalam bentuk angka: 1 048 232 700 328 Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian. | Makna | 12.07.2017 |
Tuan, Dalam karya fiksyen, bagaimanakah ketetapan menulis angka? Adakah semuanya harus dieja? Contohnya: 1) Dia membawa dua puluh empat kilo beras. 2) Hantaran yang diberikan oleh Razak kepada isterinya adalah sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen. | Jawapan: Nombor 1 hingga 9 hendaklah dieja. Nombor 10 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk angka. Contoh: 1. Saya mengenali dia lima tahun yang lalu. 2. Ayah saya berusia 65 tahun. | Lain-lain | 14.02.2012 |
Kalau 4925 orang bagaimana hendak ditulis dalam bentuk perkataan? | Salam sejahtera puan, Empat ribu sembilan ratus dua puluh lima orang. | Ejaan | 01.11.2012 |
Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Saya ingin mendapat kepastian berkaitan penulisan yang tepat bagi tatacara penggunaan angka dan perkataan dalam kurungan seperti berikut : i) Bilangan 1 - 9, contohnya 5 unit dinyatakan sebagai 5(lima) unit ii) 10 - 99, contohnya 55 unit dinyatakan sebagai 55(lima puluh lima) unit iii) 100 - 999, contohnya 555 unit dinyatakan sebagai 555 (lima ratus lima puluh lima) unit. Bolehkah bagi penulisan angka puluh,ratus dan ribu ditulis angka sahaja tanpa dinyatakan perkataan dalam kurungan. Mohon penjelasan bagi penulisan yang tepat. Terima kasih. Yang Benar, Halmi Ahmad | Menurut Gaya Dewan Edisi Ketiga, terdapat cara untuk menulis nombor dalam ayat, iaitu, nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya manakala nombor 10 ke atas boleh menggunakan angka sahaja. | Tatabahasa | 02.01.2013 |
Salam. Saya ingin bertanya tentang penggunaan betul nombor dalam ayat. 1) Contohnya, "Saya bersiap selama lima minit." atau "Saya bersiap selama 5 minit.". Yang manakah paling tepat? 2) "Dia beli lima buah buku." atau "Dia beli 5 buah buku."? 3) "Dia akan ambil awak pada pukul 7.00." atau "Dia akan ambil awak pada pukul 7:00."? 4) "20 ribu Yen" atau "20000 Yen"? 5) Saya juga agak keliru dengan nombor yang mempunyai banyak angka. Contohnya, perlukah saya meletakkan tanda baca koma (,) dalam nombor 8000 / 8,000, 80000 / 80,000 dan 800000 / 800,000. Atau mungkinkah selepas nombor puluh dan ratus, saya perlu jarakkan nombor? Contohnya 800 000 (tanpa perlu letakkan tanda koma). Saya harap soalan saya jelas dan saya juga amat mengharapkan jawapan tepat dari pihak tuan. Terima kasih. | (1) Saya bersiap selama lima minit. (2) Dia beli lima buah buku. (3) Dia akan ambil awak pada pukul 7.00. (4) 20,000 Yen (5) Sistem pernomboran antarabangsa meletakkan tanda koma selepas nilai ribu: 8,000, 80,000, 800,000 dan seterusnya. Bagi penulisan nombor dalam ayat, nombor satu hingga Sembilan dieja (lihat ayat 1 dan 2); manakala nombor 10 dan seterusnya ditulis angka seperti "Dia membeli 10 buah buku". | Tatabahasa | 07.12.2018 |