Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puncanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Takrif kesalahan tatabahasa dari segi morfologi, sintaksis, dan semantik beserta punca-puncanya.Kesalahan tatabahasa dari aspek morfologo, sintaksis dan semantik boleh ditakrifkan sebagai kesalahan dalam pembentukan kata, susunan kata dalam ayat dan makna perkataan. Untuk maklumat lengkap (termasuklah punca berlakunya kesalahan itu) sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan tentang tajuk berkenaan. Tatabahasa22.02.2009
akibat dari betul atau akibat daripada atau akibat.....cth Akibat dari/Akibat daripada/Akibat kebakaran itu, ..... yg mana betul?Yang betul ialah 'akibat daripada' kerana keadaan yang menunjukkan puncanya.Tatabahasa13.06.2008
apakah maksud kejurulatihan?dalam bidang sukan.Menurut Kamus Dewan, jurulatih bermaksud orang yang melatih orang lain seperti ahli sukan dll supaya mahir. Kejurulatihan berkaitan dengan jurulatih dalam segala aspeknya. Contoh ayat : Di manakah salahnya yang menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem kejurulatihan yang menjadi puncanya.Lain-lain25.07.2007
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikanKelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.  (Pendeta Za’ba,) Lain-lain26.07.2008

Kembali ke atas