Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ri] | ڤوري

Definisi : 1. sl benteng atau kota yg dilingkungi parit: ~ dgn lubang-lubang tempat menembak; 2. istana, keraton: mengamuk segala dayang dlm ~; 3. ruang atau tempat yg lega dlm istana; 4. (Bali) rumah pemujaan, kuil: kemudian nyala api kelihatan membumbung-bumbung dr atas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ri] | ڤوري

Definisi : perahan yg pekat drpd buah atau sayur yg dimasak dan ditapis; memurikan memproses atau membuat buah­buahan atau sayur-sayuran menjadi puri: ~ tomato. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ri] | ڤوري

Definisi : 1 rumah yg biasanya indah-indah tempat tinggal raja-raja; istana. 2 kota yg dilengkapi parit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puri

Puisi
 

Rampai-rampai di Tanjung Puri,
     Pulau Pandan jauh ke tengah;
Seronok ramai sementara tak mati,
     Kalau mati dikandung tanah.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cintapuri tersenarai dalam daftar rumi jawi PRPM tetapi tiada takrif. Apakah takrif cintapuri?

Menurut sumber DBP, perkataan cintapuri tidak mempunyai takrif, walau bagaimanapun, menurut Kamus Pelajar Edisi kedua, perkataan puri bermaksud rumah yg biasanya indah-indah tempat tinggal raja-raja; istana. 2 kota yg dilengkapi parit. Oleh itu, perkataan ini mungkin bermaksud atau merujuk kepada sesuatu tempat.

Istilah20.06.2018

Kembali ke atas