Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn; memurukkan 1. memasukkan ke dlm lubang dll, membenamkan, mempe­rosokkan: kakinya itu dipurukkannya ke dlm lumpur; ~ kapal ke laut menenggelamkan kapal ke laut; 2. memasukkan (ke dalam, ke bawah), menjejalkan, menyusupkan: ia ~ badannya di bawah longgokan kain; terpuruk 1. terbenam: matahari ~ di balik pergunungan; matanya ~ matanya terbe­nam; 2. terperosok, terperlus: kakinya ~ ke dlm lubang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puruk I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, boleh jelaskan maksud "keterpurukan"Tidak ada perkataan keterpurukan dalam pangkalan data kami. Jika yang dimaksudkan ialah puruk, dialek Minangkabau yang bermaksud memasukkan atau memperosokkan, kata terbitan yang ada ialah terpuruk dan memurukkan. Untuk maklumat lanjut, lihat puruk">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=purukIstilah28.02.2012
salam, adakah perktaan berimbuhan "'keterpurukan" berasal daripada perkataan "terpuruk"?Perkataan keterpurukan dari kata dasar terpuruk dan perkataan terpuruk daripada kata akar puruk. Walau bagaimanapun tidak ada contoh penggunaan perkataan keterpurukan dalam pangkalan data kami.Tatabahasa01.03.2012

Kembali ke atas