| Perkataan “Tulis Ikhlas Dari / Daripada (Nama organisasi)”? Contohnya: Tulis Ikhlas dari / daripada Pusat Sumber Sekolah? | Ayat yang betul ialah "Tulus Ikhlas daripada Pusat Sumber Sekolah" | Tatabahasa | 14.12.2022 |
| Perkataan “Tulus Ikhlas Dari / Daripada (Nama organisasi)”? Contohnya: Tulus Ikhlas dari / daripada Pusat Sumber Sekolah? | Ayat yang betul ialah "Tulus Ikhlas daripada Pusat Sumber Sekolah" | Tatabahasa | 14.12.2022 |
| salah satu idae yang saya dapat untuk motto kelab pusat sumber ialah ' DOKUMENTASI LANTERA KECEMERLANGAN ILMU' ..... di harap pihak DBP dapat membetulkan motto tersebut... dan semoga pihak DBP dapat memberi cadangan untuk motto yang sesuai dengan kelab pusat sumber institusi kami... sekian, terima kasih... | Saudara, Perkataan "lantera' ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris"lantern'. Dari segi struktur ungkapan ini boleh diterima. Dari segi makna dan mesej bergantung pada konsep dan maklumat yang hendak disampaikan. | Lain-lain | 22.10.2010 |
| Saya adalah guru Perpustakaan & Media di SK Iskandar Perdana. Pada 4 Julai 2013 yang lalu Pusat Sumber sekolah saya telah menjemput Ketua Pengerah Dewan Bahasa dan Pustaka , Datuk Dr Awang B Sariyan datang ke sekolah saya untuk perasmian Pusat Sumber Sekolah. Oleh itu tahun ini saya mewakili pihak sekolah ingin membuat lawatan penanda aras ke DBP ( guru & murid) untuk meluaskan lagi pengetahuan dan mengenali DBP dengan lebih dekat lagi. Bagaimanakah caranya dan prosedur untuk saya membuat lawatan ke sana? Apakah alamat dan pihak yang boleh dihubungi? Terima kasih. Pengurus lawatan: Pn Zurina Bt Ahmad SK Iskandar Perdana, 32610 Seri Iskandar, Perak. Tel: h/p: 0195037796 Tel Sekolah: 05 3711584 | Berkaitan dengan perkara ini, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 03.07.2014 |
| Merujuk kepada soalan sebelum ini, saya melihat satu ayat pada dinding pusat sumber sekolah iaitu : "Membaca Penggerak Kalam Ilmu" Saya telah mencari maksud kalam (pen), jadi saya beranggapan ayat tersebut tidak tepat maksudnya. Adakah pendapat saya benar? Jika benar, saya akan maklumkan kepada pihak pusat sumber sekolah untuk menukar slogan tersebut. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "kalam" bermaksud pena atau kata. Oleh itu, "kalam" memang tidak sesuai dan tidak tepat penggunaannya dalam dalam konteks tersebut. | Makna | 21.03.2014 |
| Banyak perkara yang saya patut tahu lagi tentang no.pengkelasan..Bagaimana saya nak tahu no.pengkelasan dengan tepat?Saya berkhidmat hampir 7 tahun di Pusat Sumber.Tapi saya belum pernah diberi pendedahan atau kursus pengelolaan Pusat Sumber.Saya buat kerja berdasarkan pengalaman saya sebagai pengawas pss masa di sekolah dahulu. | Terima kasih atas soalan anda. Saudara boleh merujuk laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia yang ada menawarkan kursus dan bengkel mengenai pengkelasan. Saudara juga boleh merujuk senarai buku dibawah : Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan-bahan Pustaka oleh Siti Hasnah Simanjuntak (ITM, 1984) Pengkelasan dan Pengkatalogan oleh Zainori Abd Rahman (Pekan Ilmu, 2006) Senarai ringkas sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey untuk perpustakaan-perpustakaan sekolah di Malaysia (DBP, 1986). | Lain-lain | 07.01.2011 |
| 1.“Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk.” Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini? | 1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk. 2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan. | Tatabahasa | 07.12.2014 |
| jurnal kajian sukatan pelajaran bahasa melayu kbsr | Sdr. Husnaryta, Ingin dimaklumkan Pusat Dokumentasi Melayu DBP tidak menyimpan jurnal yang berkenaan. Oleh itu dicadangkan sdr. menghubungi Pusat Sumber , Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya di talian 03 8884 2000 | Lain-lain | 31.07.2007 |
| Nor Hidayah Sulaiman Sep 6th, 10:09pm Salam..sy seorang guru di sebuah sekolah agama..sy nk tanya...blh ke DBP membuat sumbangan buku2 dan bahan2 bacaan berbentuk ilmiah utk pusat sumber sek sy?utk pengetahuan,sek sy baru berpindah bangunan baru..seblum ni kami berkongsi bangunan dgn sekolah menengah n xde kemudahan pusat sumber... | Terima kasih cikgu. Sila buat permohonan dengan memberi surat rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila hubungi pegawai kami, Cik Nur Liayana Aqilah Zulkefli no. tel. 03-2147 9486 atau e-mel kepada razali3@dbp.gov.my dan cc kepada aqilah@dbp.gov.my Moga ia membantu cikgu. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 06.09.2015 |
| apa program yang boleh dikongsikan dengan pusat sumber sekolah kami? | Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat tentang program bersama DBP dan pihak luar, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau e-mel kepada Ketua Bahagian, Tuan Haji Razali bin Che Mat di talian razali3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 30.09.2014 |