Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.si.ngan] | ڤوسيڠن

Definisi : 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.si.ngan] | ڤوسيڠن

Definisi : 1 gerakan berpusing; putaran: ~ kipas angin itu dpt dilajukan dan dpt pula diperlahankan. 2 bahagian tertentu dlm sesuatu permainan; babak: Muhammad Ali berjaya mengalahkan lawannya dlm 12 ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusing
Kata Terbitan : berpusing, berpusing-pusing, memusingkan, pusingan, pemusingan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. 1. Pusingan kedua ini merupakan pusingan kalah mati. Betulkah penggunaan istilah di atas? Kalau tidak, apakah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan situasi atau maksud ayat di atas. Bolehkah istilah 'kalah singkir' atau 'kalah keluar' diguna pakai. Sekian, terima kasih.Istilah kalah mati boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa03.09.2013
Selamat petang tuan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah yang tepat dalam ayat di bawah ini. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. 2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Soalan: a) Apakah istilah yang paling tepat untuk perkataan 'dilibas' bagi kata nama kipas siling? b) Apakah binaan ayat yang paling sesuai untuk situasi ayat 1 di atas? c) Mana satukah istilah yang betul untuk ayat 2 di atas. i) Perlawanan atau pertandingan ii) kalah mati atau kalah singkir atau kalah keluar. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. Ayat pertama betul. 
2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Perlawanan dan pertandingan, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa16.07.2013
Disebabkan oleh kekurangan modal pusingan, syarikat itu telah jatuh. Penggunaan "jatuh" dalam ayat ini salah. Adakah "bangkrap" lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut?Perkataan yang lebih sesuai ialah bankrap. Bankrap bermaksudmenderita kerugian dan tidak mampu membayar segala hutang sehingga perniagaan tidak dapat diteruskan. Kedua, jatuh miskin dan habis harta bendanya.Tatabahasa10.04.2013
pasukan badminton negara telah membawa balik sebiji piala pusingan berserta hadiah wang tunai Tuan, kesalahan pada sebiji.. tuan, apakah perkataa yang sesuai digantikan. TQPenjodoh bilangan yang betul ialah sebuah piala.Tatabahasa20.09.2011
1)job rotation 2)continuous professional development 3)exit policy1)pusingan kerja 2)perkembangan profesional berterusan 3)polisi keluarIstilah01.08.2011
mohon dapatkan istilah: -Continuous Professional Development -Job rotation -exit policy

job rotation - pusingan kerja

continuous professional development - Untuk makluman tidak ada istilah khusus. Walau bagaimanapun, istilah professional development ada dalam pangkalan data kami, iaitu perkembangan profesional. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah perkembangan profesional berterusan.

exit policy - tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, kami ada istilah seperti exit criterion (kriteria keluar), exit interview (temu duga keluar). Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah polisi keluar.

Istilah01.07.2011
APAKAH MAKSUD GELARAN PERKATAAN `KOP'?Menurut Kamus Dewan, 'kop' bermaksud bekam; tanduk; edaran atau pusingan 12 tahun kalendar orang Siam, Jepun dan Cina; kubah; tempat duduk belakang gajah. Sila pastikan soalan yang berkaitan dengan gelaran.Makna17.06.2008
apakah perbezaan antara "setengah " dengan "separuh"?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah.Istilah04.08.2010
Apakah syarat-syarat am atau khas bagi seseorang individu ingin menerbit atau menulis sesebuah buku?

Terima kasih atas soalan yang dikemukakan.

A. Sdr. perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengetahui selok belok penerbitan baharulah sdr. menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan).

Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia.

Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit.

B. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah:

1.     Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis.

2.     Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan.

3.     Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

4.     Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur.

5.    Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa.

6.    Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis

Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya!

Lain-lain19.10.2010
Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih.

Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih.

Tuan perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengaetahui selok belok penerbitan baharulah tuan menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan).

Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia.

Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit.

Lain-lain23.07.2009
12

Kembali ke atas