Selamat pagi. 1. Pusingan kedua ini merupakan pusingan kalah mati. Betulkah penggunaan istilah di atas? Kalau tidak, apakah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan situasi atau maksud ayat di atas. Bolehkah istilah 'kalah singkir' atau 'kalah keluar' diguna pakai. Sekian, terima kasih. | Istilah kalah mati boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
1)job rotation 2)continuous professional development 3)exit policy | 1)pusingan kerja 2)perkembangan profesional berterusan 3)polisi keluar | Istilah | 01.08.2011 |
Selamat petang tuan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah yang tepat dalam ayat di bawah ini. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. 2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Soalan: a) Apakah istilah yang paling tepat untuk perkataan 'dilibas' bagi kata nama kipas siling? b) Apakah binaan ayat yang paling sesuai untuk situasi ayat 1 di atas? c) Mana satukah istilah yang betul untuk ayat 2 di atas. i) Perlawanan atau pertandingan ii) kalah mati atau kalah singkir atau kalah keluar. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. | 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. Ayat pertama betul. 2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Perlawanan dan pertandingan, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.
| Tatabahasa | 16.07.2013 |
apakah perbezaan antara "setengah " dengan "separuh"? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah. | Istilah | 04.08.2010 |
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih. | Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;. Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
Apakah syarat-syarat am atau khas bagi seseorang individu ingin menerbit atau menulis sesebuah buku? | Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. A. Sdr. perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengetahui selok belok penerbitan baharulah sdr. menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan). Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia. Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit. B. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah: 1. Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis. 2. Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan. 3. Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. 4. Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur. 5. Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa. 6. Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis. Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya! | Lain-lain | 19.10.2010 |