Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. gerakan berputar, kisaran, kiĀ­taran, pusingan; beberapa ~ beberapa kali berputar; 2. sesuatu yg diputar (tombol pd radio dll, roda pd mesin jahit, dll), sesuatu yg dipindahkan (dialihkan dll); ~ air kisaran air; ~ angin a) kisaran angin; b) pergantian angin; ~ filem pertunjukan filem (gambar); ~ masa pusingan atau perubahan masa; ~ nasib perubahan (baik atau buruknya) nasib; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gerakan yg berputar; hasil berputar; pusingan; kisaran. ~ air olak air. ~ angin a. kisaran angin. b. pergantian angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putar
Kata Terbitan : berputar, berputar-putar, memutarkan, putaran, pemutaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah definisi menjana wang?

Saudara,

Makna jana adalah seperti yang berikut: 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, ter­hasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia.

Oleh  yang demikian, menjana wang bermaksud  bermaksud menghasilkan wang. 

 
  
Makna13.10.2010

Kembali ke atas