Apakah maksuk perkataan mumbang. Ini dari peribahasa cuba-cuba menanam mumbang. | Mumbang ialah putik kelapa (yang masih kecil). | Makna | 05.05.2008 |
Soalan 1. Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik B. kuncup C. kembang D. layu Soalan 2. Ibu memberi abang minum air teh yang _____ untuk mengurangkan sakit cirit-birit. A. manis B. tawar C. kelat D. likat Soalan 3. Sila rujuk kepada fail yang disertakan. Perhatian harus diberi kepada tangga rumah ( pintu utama masuk rumah ). | Jawapan 1: B. kuncup Jawapan 2: D. likat Jawapan 3: A. tepi | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Adakah frasa "sayur berjenis sayur" dan "sayur berjenis buah" betul? Penggunaan perkataan "berjenis" dalam konteks ayat berikut adalah betul atau tidak? | Salam sejahtera, Tuan, Sayur ialah tumbuhan atau daun-daunan yg boleh dimakan. Buah ialah bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi daripada bunga atau putik dan biasanya berbiji. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Istilah | 17.10.2017 |
Tuan/Puan, Merujuk kepada Soalan 1 (tarikh soalan 12/03/2013) yang telah diberi jawapan sebagai B. kuncup. Amat dihargai jika tuan/puan boleh menerangkan lebih lanjut bagaimana jawapan itu diperoleh kerana menurut pihak penyedia soalan masih tetap dengan jawapan (D. layu) selepas menyemak kamus DBP. Saya ulangi soalan tersebut seperti di bawah:- Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik C. kembang B. kuncup D. layu | Mekar bermaksud mulai berkembang. Pada pandangan kami, kata lawan bagi mekar ialah kuncup yang didefinisikan dalam Kamus Dewan sebagai tidak mekar. | Tatabahasa | 14.03.2013 |
Assalamualaikum, Dalam Kamus Dewan, tampuk ditakrifkan sebagai 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis;. Selalunya dalam percakapan harian, tampuk manggis bukan merujuk kepada tangkai buah tersebut tetapi pada bahagian dasar buah mangga yang berupa kelopak bunga (dikira kelopak untuk kenal pasti jumlaj ulas di dalam buah). Soalan saya, jika tampuk manggis ditakrifkan sebagai tangkai manggis, apakah nama bagi struktur bak kelopak bunga di bawah buah manggis dipanggil dalam bahasa melayu baku? | Tiada maklumat nama untuk struktur seperti kelopak bunga di bawah manggis dalam pangkalan data DBP. Daripada carian kami dalam bidang pertanian terdapat dua istilah yang sering digunakan untuk merujuk bahagian tersebut. Istilah yang dimaksudkan ialah kelopak stigma dan kelopak putik. Contoh penggunaan dalam ayat ialah, jumlah kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah. | Istilah | 21.12.2017 |