Masjid Putra dalam menyiapkan projek sebuah mini perpustakaan. Mohon bantuan untuk memberikan nama yang betul samada:- i. Mini Perpustakaan (contoh:Mini Perpustakaan Masjid Putra) ii.Perpustakaan Mini (contoh:Perpustakaan Mini Masjid Putra) Sekian, terima kasih. Mohd Hasdi bin Muda Penolong Pengarah Pentadbiran | Untuk makluman, istilah yang betul ialah perpustakaan mini. Oleh itu, nama yang betul ialah Perpustakaan Mini Masjid Putra. | Istilah | 29.10.2012 |
Kamil Putra Jun 1st, 10:15am Harap pagar, pagar makan padi - salah Harap pegar, pegar makan padi - betul Antara peribahasa yang paling terus disalaherti, salah eja dan salah makna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, mengekalkan peribahasa Harapkan pagar, pagar makan padi. | Lain-lain | 01.06.2015 |
Apakah kata ganti nama diri untuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam ayat di bawah? Baginda atau beliau? Terima kasih. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia. Baginda/Beliau telah mengetuai rombongan ke London bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. | 1. Menurut data kami, kata ganti nama diri bagi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah "beliau". | Lain-lain | 09.08.2016 |
Dimanakah lebih tepat, mencetak gol atau mencatat gol? Contoh ayat : Indera Putra Mahayuddin menjadi pemain tempatan pertama mencetak/mencatat 100 gol dalam saingan Liga Malaysia | Ayat yang tepat ialah: Indera Putra Mahayuddin menjadi pemain tempatan pertama menjaringkan 100 gol dalam saingan Liga Malaysia. | Tatabahasa | 28.04.2019 |
Salam tuan, saya Syed Putra daripada muzium Kesenian Islam Malaysia. Kami akan mengadakan pertandingan khat dalam bulan ini. Jadi kami ingin mendapatkan penjawian yang betul bagi ayat berikut: Gajah mati meninggalkan tulang, Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa Saya boleh dihubungi melalui syedputraiqmal@gmail.com atau syedputra@iamm.org.my. Terima kasih. | Sila lihat lampiran.
| Ejaan | 06.11.2017 |
Assalamulaikum, saya Muhd Dhamir dari Universiti Putra malaysia. Saya ingin bertanya kepada saudara bagaimanakah saluran yang betul untuk saya menghantar beberapa karya/esei kepada DBP hasil idea saya sendiri? Terima Kasih | Pihak tuan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Bahagian Buku Umum DBP berkaitan hal ini. Nombor telefon: 03-21479585. Terima kasih. | Lain-lain | 14.01.2018 |
salam satu malaysia.saya pelajar universiti putra malaysia... boleh atau tidak saya hendak minta nombor telefon penulis iaitu Zakaria bin Ariffin.adakah alamat En Zakaria yang ada dalam maklumat ini adalah betul atau beliau telah berpindah. saya amat memerlukan maklumat ini. | Encik Zakaria Ariffin kini bertugas sebagai pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau nama singkatannya ASWARA. Sila hubungi agensi tersebut untuk mendapatkan nombor telefon beliau. | Lain-lain | 05.04.2010 |
Assalamualaikum. sy Nor Idayu Azmi pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya ingin bertanya tentang kata seerti untuk "enakmen" di dalam konteks Bahasa Melayu. Bolehkah ia diertikan sebagai "tindak balas" terhadap persekitaran? Sy telah menerima maklum balas seperti berikut Enakmen menurut Kamus Dewan Perdana ialah undang-undang bertulis yang diluluskan oleh parlimen atau badan lain yang berkuasa membuat undang-undang. Selain undang-undang, enakmen juga boleh membawa maksud statut (Kamus Dewan). Mohon juga penerangan mengapa “tindak balas” terhadap persekitaran dipilih sebagai cadangan perkataan seerti? Bolehkah sy mentafsirkan ia seperti berikut? Maksudnya enactment adalah tindak balas terhadap perkara penting yang berlaku dalam kehidupan (persekitaran). Enakmen merupakan tindak balas sebagai cadangan perkataan yang diambil daripada kamus psikologi. Ini merupakan link yang dirujuk dan makna yang dijumpai : https://dictionary.apa.org/enactment enactment APA Dictionary of Psychology A trusted reference in the field of psychology, offering more than 25,000 clear and authoritative entries. n. 1. the acting out of an important life event rather than expressing it in words. See psychodrama. Sekian, Terima ksih | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “enakmen” dalam konteks psikologi ialah pelakonan atau perbuatan melakonkan semula. | Lain-lain | 02.12.2021 |
Assalamualaikum. sy Nor Idayu Azmi pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya ingin bertanya tentang kata seerti untuk "enakmen" di dalam konteks Bahasa Melayu. Bolehkah ia diertikan sebagai "tindak balas" terhadap persekitaran? Saya berharap, pihak DBP dapat membantu saya dalam menggunaan istilah yang betul dan sesuai. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih | Enakmen menurut Kamus Dewan Perdana ialah undang-undang bertulis yang diluluskan oleh parlimen atau badan lain yang berkuasa membuat undang-undang. Selain undang-undang, enakmen juga boleh membawa maksud statut (Kamus Dewan). Mohon juga penerangan mengapa “tindak balas” terhadap persekitaran dipilih sebagai cadangan perkataan seerti?
| Lain-lain | 11.10.2021 |
Assalamualaikum. sy Nor Idayu merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya sedang membuat kajian tentang sensemaking guru perakaunan. Tajuk kajian adalah: Meneroka sensemaking guru Perakaunan tentang pengajaran dan pembelajaran atas talian. Akan tetapi, untuk term 'sensemaking' di dalam tajuk, saya mempunyai kesukaran untuk mencari term yang sesuai digunakan di dalam bahasa melayu. Saya berharap, pihak DBP dapat membantu saya dalam menggunaan istilah yang betul dan sesuai. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “sensemaking” ialah “kepekaan deria” dan “pengamatan rasa”. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.06.2020 |