| Penggunaan nama Putrajaya Story. Info berkaitan Putrajaya Story seperti dibawah. Putrajaya Story merupakan tarikan baharu pelancong domestik dan antarabangsa yang terletak di tengah-tengah Putrajaya. Bertempat bersebelahan Dataran Putra, Putrajaya Story bertujuan untuk menyediakan kepada pengunjung dengan konsep 3E yang terdiri daripada (Education, Experience & Enjoyable) yang berkisar tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara utama di Putrajaya. Ini adalah tempat yang menarik untuk pergi jika pelawat ingin memahami keunikan Putrajaya. Nama Putrajaya Story ini di pilih bagi menceritakan semua himpuan kisah yang berkisar tentang Putrajaya dari Prang Besar hingga Putrajaya hingga kini. | Untuk permohonan tentang cadangan penamaan, sila buat permohonan melalui dbpsahbahasa.my. Cadangan pihak kami bagi penamaan yang baik dan betul dalam bahasa Melayu ialah GALERI PUTRAJAYA. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "galeri" ialah bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dan sebagainya. Pemilihan perkataan galeri ini sudah memadai bagi merujuk tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara yang diadakan di Putrajaya. | Istilah | 28.07.2022 |
| 1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting | 1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya. 2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting. | Tatabahasa | 07.07.2011 |
| JPWP Putrajaya ingin mengeluarkan buku panduan bertajuk "Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Alaf Baru". Kami serba salah dengan perkataan "Alaf Baru" atau "Alaf Baharu". Yang manakah betul? | Kamus Dewan menerima perkataan baru dan baharu sebagai variasi, iaitu pilihan dalam penggunaan perkataan tersebut dalam konteks umum. Walau bagaimanapun bagi tujuan pendidikan bahasa hendaklah kita mengambil pegangan dalam buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa Dewan membezakan kata baru dan baharu. Baru ialah kata bantu, seperti contoh ayat "Dia baru sampai dari Kuala Lumuur" atau mengungkapkan makna just dalam bahasa inggeris. Kata baharu pula ialah kata adjektif, seperti "buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu" dan "Alaf Baharu". Kata baharu ini mengungkapkan makna new dalam bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 28.08.2015 |
| Bagaimanapula dengan ayat di bawah ini? Lawatan ke Putrajaya disertai hampir setengah wanita dari Kampung Pandan. | Saudara, Ayat yang lebih sempurna ialah : Lawatan ke Putrajaya disertai oleh hampir sebahagian daripada wanita dari Kampung Pandan. | Tatabahasa | 12.08.2010 |
| Mohon maklumbalas pihak tuan/puan berhubung penggunaan struktur ayat nama restoran iaitu: 'RESTORAN PUTRAJAYA IKAN BAKAR' Terima kasih | Struktur yang betul ialah "RESTORAN IKAN BAKAR PUTRAJAYA". | Tatabahasa | 28.01.2014 |
| Sekadar bertanya, 1. Kenapa nama tempat Cyberjaya dan Putrajaya dicantum ? 2. Kenapa nama tempat Subang Jaya dan Petaling Jaya tidak dicantum macam contoh di atas ? | Dari segi ejaan, Cyberjaya dan Putrajaya sepatutnya dieja sebagai dua perkataan. Walau bagaimanapun, penamaan dan ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri /pihak berkuasa tempatan masing-masing. | Istilah | 30.05.2010 |
| APA SUSUNAN SAPAA IKUT PROTOKOL YANG BETUL: DALAM PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU VIPNYA KETUA PENGARAH PELAJARAN, TETAMU UNDANGAN AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA YB TENGKU ADNAN. PENGANJUR PEJABAT PELAJARAN PUTRAJAYA (TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN) | VIP DAHULU (KETUA PENGARAH PELAJARAN), TETAMU UNDANGAN YB. TENGKU ADNAN. DICADANGKAN BERTANYA KEPADA BAHAGIAN PROTOKOL DI KEMENTERIAN PELAJARAN | Lain-lain | 20.05.2011 |
| Park and ride ; dalam bahasa Melayunya apa ? Di Putrajaya digunakan perkataan Park and Ride, macam tak ada perkataan bahasa Melayu | Saudara Abm, Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ada memberikan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut kepada pihak Perbadanan Putrajaya. Walau bagaimanapun, cadangan padanan tersebut masih dalam pertimbangan pihak berkenaan. Harap maklum. Terima kasih. | Istilah | 27.06.2009 |
| Salam, Mohon bantuan untuk menterjemahkan ayat seperti dilampiran. terdapat draf BM dilampirkan bersekali. Terima kasih | Persiaran Perdana terletak di lebuh berhias Putrajaya. Kami berkongsi jalan yang sama dengan bangunan mercu tanda seperti Palaceof Justice (POJ), Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya adalah terletak di hujung jalan berhias tersebut. Laluan ke Presint3, Putrajaya Nota: Koordinat GPS:2.916511, 101.683260 Laluan ke lobi/pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah | Tatabahasa | 08.05.2012 |
| Kata kerja 'melawat' tergolong sbg kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? Saya dapati, kata kerja ini boleh berfungsi sbg kata kerja transitif, contoh 'melawat abangnya di hospital' (kata kerja melawat mesti diikuti objek) dan sebagai kata kerja tak transitif, contoh melawat ke Putrajaya. Benarkah pemahaman saya ini? Sekian, terima kasih. | Kata kerja 'melawat' tergolong sebagai kata kerja transitif, seperti dalam contoh ayat 'melawat abangnya di hospital' atau 'melawat Putrajaya'. Hal ini boleh dibuktikan apabila ayat ini dipasifkan (Kata kerja transitif boleh dipasifkan) menjadi 'abangnya di hospital dilawati' dan 'Putrajaya dilawati'. Walau bagaimanapun ada juga pendapat mengatakan 'melawat' ialah kata kerja tak transitif dan boleh diikuti dengan kata sendi 'ke' seperti dalam ayat 'melawat ke Putrajaya'. Hal inilah yang menjadikan bahasa kita indah dan kadang kala tidak semua rumus boleh diterapkan dalam setiap aspek tatabahasa. | Tatabahasa | 18.03.2011 |