Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puzzle


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi perkataan ini 'puzzle game'? Maksud kepingan puzzle disini adalah kepingan-kepingan puzzle; menyusun kepingan ini menjadi satu gambar yang lengkap.

Puan Azeelia,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'puzzle game' ialah teka-teki atau mainan teka-teki.

Istilah24.06.2010
apakah terjemahan yang tepat untuk jigsaw puzzle ?Padanan bahasa Melayu bagi Jigsaw puzzle ialah susun suai gambar.Tatabahasa21.11.2013
Apakah istilah cadangan bagi 'wire puzzle' dalam bahasa kebangsaan? Terima kasih.

Untuk makluman, istilah "wire puzzle" tiada dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, terjemahan secara langsung yang dicadangkan ialah Teka-teki Dawai

Tatabahasa27.03.2019
1. Apakah rangkai kata yang sesuai untuk menggantikan 'puzzle"? 2.Apakah pola ayat ini?t ~a. Buku itu saya beli. ~b. Jam tangan itu mahal harganya. 3. Apakah jenis ayat ini?~a. Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. ~b. Ayah sentiasa terkenang akan datuk saya. ~c. Dia amat tertarik oleh keindahan alam nyata.Menurut Kamus Dewan, padanan bahasa Melayu bagi perkataan “puzzle”  ialah teka-teki atau mainan teka-teki. Selain itu, ia juga bermaksud bingung, kebingungan; membingungkan dan juga memikir-mikirkan:

Pola ayat (a) Frasa nama + Frasa kerja
Pola ayat (b) Frasa nama + Frasa adjektif

Untuk makluman Tuan/Puan, Jenis Ayat terdiri daripada empat, iaitu Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan. Ketiga-tiga jenis ayat yang dikemukakan ialah (a) Ayat Penyata, (b) Ayat Penyata ( c) Ayat Penyata
Tatabahasa23.04.2018
1. key chain dan puzzle dalam bahasa Melayu? 2. satu setengah jam atau satu jam setengah. Sebelum ini, saya mendapat jawaban daripada DBP iaitu satu setengah jam atas alasan unit letak di belakang.1. rantai kunci
2. teka teki atau mainan teka teki
3. Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Istilah27.04.2012
Adakah terdapat buku rujukan mengenai kaedah jigsaw puzzle ini ?Dalam data kami, tiada buku yang boleh dijadikan rujukan dalam susun suai gambar. Puan boleh mendapatkan rujukan lain daripada penerbit lain atau sumber internet.Lain-lain21.11.2013
1. Roaler coaster dlm BM? 2. Jigjaw puzzle dlm BM? 3.1. Ejaan yang betul ialah roller coaster, dikekalkan dan diitalikkan ejaannya dalam bahasa Melayu.Istilah22.04.2012

Kembali ke atas