Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf ke-17 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ke-17 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata q


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah penjodoh bilangan bagi "diari"? T.Q.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "diari" bermaksud "buku yang mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian peribadi, buku harian. Oleh itu, penjodoh bilangan yang sesuai ialah "buah". Contohnya "sebuah diari".Tatabahasa28.02.2015
Assalamu'alaikum. Analisis data / analisa data - Q : Apakah istilah yang tepat dan patut digunakan? Terima kasih

Istilah yang tepat ialah analisis data.

 

Istilah10.07.2009
1.Ejaan untuk Al-Quran memang kena huruf besar ke A dan Q? 2. Yang mana satu yang betul, hadis & hadith? 3. Apa beza hadis dan sunnah?Salam sejahtera

1. Ejaan yang betul ialah al-Quran
2. Ejaan yang betul bagi hadis atau hadith ialah hadis
3. Hadis ialah sabda, perbuatan atau kelakuan (sifat) Nabi Muhammad SAW yg di­riwayatkan oleh para sahabatnya utk menjelaskan sesuatu hukum dlm agama Islam. Sunah ialah peraturan (dlm agama Islam) yg berdasarkan perbuatan atau perkataan Nabi Muhammad SAW. 
Ejaan31.07.2016
ayam berkokok penanda hari akan siang. (tuan, penanda ditukar menjadi petanda, adakah sesuai?) T^QPetanda bermaksud tanda atau alamat dan kata itu yang tepat untuk ungkapan tersebut.Tatabahasa15.08.2011
Assalamualaikum.. 1. Apakah maksud perkataan Alumni? 2. Bolehkah perkataan Mahasiswa diletakkan selepas perkataan Alumni.. e.q PERSATUAN ALUMNI MAHASISWA Sabah UKM. 3. Mana yang sesuai : i) Persatuan Alumni Mahasiswa Sabah UKM atau ii)Persatuan Alumni Sabah UKM T.KasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan "alumni" ialah siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti. Perkataan "mahasiswa" tidak sesuai diletakkan selepas perkataan "alumni". Ayat yang betul ialah Persatuan Alumni Sabah UKM.Lain-lain26.10.2015
Ibu bapa akan meluangkan masa bersama dengan anak-anak untuk menghalang mereka daripada keluar rumah. Q: Adakah ayat ini betul?Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak untuk menghalang mereka keluar daripada rumah.Tatabahasa12.08.2012
Saya baru saja berpindah kedai dari alamat No.13, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor ke kedai yang baru di alamat No. 8, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Kelulusan papan iklan kedai lama seperti di lampiran dan no. rujukan pengesahan ialah DBP/KPB/201306/02427 tarikh 09/06/2013. Saya juga telah memindahkan papan iklan yang sama ke kedai yang baru tanpa ada apa-apa perubahan pada papan iklan tersebut. Saya masih mengekalkan syarikat yang sama dan nama kedai yang sama bagi kedai saya yang baru. Perlukah saya memohon semula kepada DBP untuk kelulusan yang baru kerana saya akan memohon lesen perniagaan dari MBSA bagi kedai di alamat yang baru. Saya tidak lagi menjalankan perniagaan bagi White House Fashion di kedai yang lama. Sekian, terima kasih.

Masalah ini perlu dikemukakan kepada MBSA kerana DBP hanya mengesahkan bahasa Melayu sahaja dan perkara ini adalah di luar bidang kuasa DBP.

Lain-lain18.12.2013
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang laman web PRPM http://prpm.dbp.gov.my/ - adakah berlaku perubahan pada tab " Perkhidmatan " - di mana pengguna akan disajikan info berbentuk soalan2 & jawapan2 (Q & A) terhadap carian sesuatu kata ? Sekiranya berlaku perubahan pd laman tersebut,bagaimana caranya untuk mengakses semula database soalan2 & jawapan2 (pihak DBP) terhadap sesuatu kata ? Terima kasih.Untuk makluman saudara, ruangan Arkib Soalan ditutup untuk sementara waktu. Ruangan ini akan dibuka semula untuk paparan awam setelah selesai dikemas kini.Lain-lain10.08.2011
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif 1. Pelayan itu menghidangi kami makanan 2. Budak itu terpijak paku di tapak pembinaan Bolehkah ayat tersebut dipasifkan seperti berikut: 1.q. Kami dihidangi makanan oleh pelayan itu b. Kami dihidangi oleh pelayan itu makanan 2. Paku terpijak oleh budak itu di tapak pembinaan Terima kasih1. Kata kerja dengan apitan meN-...-i bukanlah kata kerja transitif aktif, maka kata terbitannya seperti menghidangi tidak boleh dipasifkan.
2. Paku terpijak oleh budak itu di tapak pembinaan, betul dan berfungsi sebagai kata kerja pasif.
Tatabahasa11.03.2013
assalam.saya ingin bertanya mengenai ejaan huruf besar dan huruf kecil. -Allah SWT@s.w.t -Nabi Muhammad s.a.w@SAW -al-Quran dan Hadis -ejaan dalam ayat seperti ...kelebihan mengamalkan hadis@Hadis ini?-->contoh ayat -perkataan seperti contoh hadis qudsi adalah....-->adakah ejaan hadis qudsi adalah kecil atau perkataan awal H dan Q besar?Ejaan yang betul ialah Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, al-Quran, hadis dan hadis kudsi.Ejaan24.07.2012
12

Kembali ke atas