saya ingin bertanya...mana satu kah ejaan yang betul iaitu qadak atau qada Biasa kita tulis qadak dan qadar tetapi setengah penulisan dieja qada dan qadar mohon pencerahan | qadak dan qadar | Ejaan | 06.08.2018 |
Salam. Bagaimana ejaan yang tepat untuk lailatul qadar? Adakah perlu dieja permulaannya dengan huruf besar - Lailatul Qadar? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "lailatulqadar". | Ejaan | 10.06.2013 |
Sila semak pengertian Qada' dan Qadar pada mukasurat 1, buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Pendidikan Islam Tahun 4, jilid 2...terima kasih. | Sebenarnya pengertian yang sedia ada di dalam buku tersebut adalah cadangan daripada pihak Kementerian Pelajaran sendiri (takrif Usuliyyin). Segala maklumat lanjut silalah berhubung terus dengan pihak Kementerian. | Makna | 12.06.2010 |
Salam..Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, "Pendidikan Islam Tahun 4, Jilid 2", cetakan kelima, 2007, adalah dirujuk. Sila lihat mukasurat 1, Asas Ulum Syariah, tajuk Beriman Kepada Qada' dan Qadar, bahagian pengertian. Adakah pengertian tersebut tepat? | Sebenarnya pengertian yang sedia ada di dalam buku tersebut adalah cadangan daripada pihak Kementerian Pelajaran sendiri (takrif Usuliyyin). Segala maklumat lanjut silalah berhubung terus dengan pihak Kementerian. | Makna | 12.06.2010 |