Tuan, Ingin tahu ejaan betul untuk perkataan: 1) Madaniah..Adakah 'Madaniah atau Madaniyah atau Madaniyyah' 2) Qisyasiah..Adakah 'Qisyasyiah atau Qisyasyiyah atau ada ejaan yang lebih tepat.. Sekian, terima kasih. | Dalam data kami, tiada perkataan madaniah dan Qisyasiah. Untuk semakan ejaan, boleh kiranya saudara memberikan ejaan asal bahasa Arab. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat perkataan qisas dan madani. Qisas berasal daripada perkataan Arab, hukum Qisas yang bermaksud hukuman bunuh (sebagai pembalasan) manakala madani bermaksud masyarakat/generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. | Tatabahasa | 22.08.2013 |