Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Republik Arab Bersatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar yg empunya segala sesuatu (Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rab


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Umawathy Techanamurthy RAB 9.33 PTG Salam, boleh saya dapatkan istilah yang betul untuk yang berikut: bite-sized learning dan learning gains Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu dalam pangkalan data kami untuk perkataan bite-sized learning dan learning gains. Mohon tuan/puan berikan penggunaan perkataan tersebut dalam contoh ayat supaya kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah04.10.2017
Ziyad Razali RAB 3.55 PTG salam saya nk tanya percetakan 3D boleh dipakai ke dlm tesis saya sebagai bahasa melayu standard?Salam, Percetakan 3D boleh digunakan dalam penulisan.Lain-lain27.09.2017
Khairul Ashraaf RAB 11.41 PTG Assalamualaikum,.. Saya Khairul Ashraaf, saya ingin bertanya, mengenai Biasiswa Tun Syed Nasir DBP. Adakah biasiswa tersebut masih ditawarkan pada sesi pengajian tahun ini? dan jika masih ditawarkan, bagaimanakah cara untuk memohon biasiswa tersebut?Wassalam. Untuk makluman, biasiswa tersebut tidak ditawarkan untuk tahun ini. Sekiranya terdapat apa-apa pengumuman, pihak tuan boleh mendapat maklumat melalui laman rasmi DBP.Lain-lain13.09.2017
Nuvelle Lim RAB 3.37 PTG Nuvelle Lim bolehkah tanya, jika hendak buka (retirement home) , yang bukan awam punya, apakah jenis license yang perlu apply dan pergi mana apply?Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Setelah itu kemukakan permohonan tuan berserta sijil pengesahan bahasa kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan seperti DBKL.Lain-lain06.09.2017
Rahmat Ramli RAB 12.24 PTG Rahmat Ramli salam tuan, mohonlah/usahakanlah agar pengambilan munsyi dewan pada tahun ini mendapat tajaan daripada kpm mahupun agensi luar, selayaknya munsyi dewan mendapat penghargaan kerana merekalah merupakan salah satu komponen yang memperjuang bahasa melayu kita..Terima kasih atas cadangan yang tuan berikan. Kami akan kemukakan cadangan ini kepada bahagian yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain30.08.2017
Sharmin Sivaraman RAB 2.52 PTG Selamat sejahtera, saya merupakan mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan yang hendak menjalankan latihan industri pada semester hadapan bermula februari nanti, saya ingin memohon di dbp Bidang pengajian:Ijazah sarjana muda pengajian warisan (kesusasteraan warisan) Mohon pencerahan bagaimana untuk buat permohonan yaa Terima kasihSalam. Bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan latihan industri di DBP, untuk keterangan lanjut, pihak tuan boleh menghubungi terus ke Bahagian Akademi DBP, Aras 7 di nombor telefon 21471048/9000/9001/9616.Lain-lain28.06.2017
Nasibah My RAB 12.06 PTG Salam. Nak tanya Kalau nak semak ejaan jawi, boleh rujuk kat mana ya? Sebelum ni, saya selalu rujuk kat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kamus+online Dulu "Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP" sekarang dah berubah ke?Waalaikumussalam. Untuk menyemak ejaan Jawi, puan masih boleh merujuk di prpm.dbp.gov.my, iaitu di Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Ejaan Jawi setiap perkataan akan terpapar bersama-sama perkataan yang dicari.Ejaan24.05.2017
Salbiah Seliman RAB 6.28 PTG Terima kasih atas respond tuan. Tetapi kalau adaalamat email saya lebih suka menggunakan email daripada hardcopy. Alamat hardcopy tu saya dah tahu tuan. Kalau boleh saya nak email address. Terima kasih.DBP menerbitkan 11 majalah, iaitu Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Tamadun Islam, Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Pada halaman kulit majalah-majalah tersebut ada e-mel seperti yang tuan maksudkan. Tuan juga boleh bersahabat dengan semua majalah tersebut melalui facebook ini. Moga maklumat ini dapat membantu pihak tuan. Terima kasih.Lain-lain17.05.2017

Kembali ke atas