Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ḍial.lah.hu.ʕan.hu] | رضي الل­ه عنه

Definisi : Ar moga-moga Allah mem­beri keredaan kepadanya (disebut sesudah menyebutkan nama khalifah Abu Bakar, Umar, Othman, dan Ali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata radiallahuanhu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Radiallahuanhu digunakan untuk lelaki, dan singkatannya ialah r.a. Manakala radiallahuanha digunakan untuk wanita dan apakah singkatan yang betul? Terima kasih.Singkatan yang digunakan untuk radiallallahuanhu dan radiallahuanha ialah r.a.Ejaan07.10.2013
Saya ingin tahu bagaimanakah cara menulis perkataan radiallahuanhu sama ada dieja penuh atau dieja secara ringkah (r.a). Terima kasihEjaan yang betul ialah radiallahuanhu atau r.a. kependekannya.Ejaan13.04.2015
Assalamualaikum, Saya difahamkan r.a dan a.r dalam tajuk, harus menggunakan huruf kecil. Adakah perkataan penuhnya juga sama? Penggunaan 'rahimahullah', 'radiallahuanhu' dan 'mengenai' dalam tajuk. Haruskah menggunakan huruf besar atau kecil?  Wa alaikumussalam,

Perkataan "radiallahuanhu", "rahimahullah" dan "mengenai" pada tajuk harus menggunakan huruf besar pada huruf pertamanya.
Lain-lain14.01.2015
Salam Bagaimanakah menulis singkatan/akronim bagi radiallahu anhu/ha/hum, doa kepada sahabat nabi SAW? Terima kasih.

Singkatan yang digunakan untuk radiallahuanhu, radiallahuanha dan radiallahuanhum ialah “r.a.”. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1792.

Lain-lain22.12.2023
Salam... Boleh saya tahu penggunaan singkatan yang betul bagi: 1. r.a / r.a. / RA 2. a.s / a.s. / AS1. Singkatan yang betul bagi radiallahuanhu ialah r.a. 2. Singkatan yang betul bagi alaihissalam ialah a.s.Ejaan24.08.2017
ejaan yang betul untuk assalamualaikum dan waalaikumussalam? penggunaan yang betul untuk singkatan radiallahu anhu r.a. atau RA?Ejaan yang betul ialah assalamualaikum, waalaikumussalam, r.a.(untuk radiallahuanhu).   Ejaan13.02.2008
Apakah singkatan yang diguna oleh DBP ntuk kalimah Bahasa Arab iaitu radiallahu anha (wanita) dan radiallahu anhum (ramai)? sebagaimana yang saya sedia maklum bahawa r.a. adalah untuk radiallahu anhu (lelaki). Adakah kedua-dua kalimah tersebut sama sahaja atau terdapat singkatan yang lain? Terima kasih.Singkatan yang digunakan untuk radiallahuanhu, radiallahuanha dan radiallahuanhum ialah r.a.Lain-lain13.09.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya mengenai perkataan malaikat Jibrail a.s atau malaikat Jibrail AS? Imam Shafie RH atau Imam Shafie r.h? Nabi Adam A.S atau Nabi Adam a.s? Perkataan Abbasiyyah atau Abbasiyah yang mana satu betul? kalau nama-nama hadis seperti hadis af'al, hadis nabawi, hadis qudsi adakah huruf besar? sekian, terima kasih

Singkatan untuk alaihissalam ialah  a.s.
Singgakatan untuk radiallahuanhu ialah  r.a.
Bagi ejaan Abbasiyyah lebih banyak terakam berbanding dengan Abbasiyah tetapi terbitan DBP mengguna pakai ejaan Abbasiyah.
Hadis dieja dengan huruf kesil: hadis kudsi, hadis nabawi

Ejaan12.06.2015

Kembali ke atas