apakah maksud banyak ragam? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ragam bermaksud 1. tingkah, cara, laku, olah 2. jenis, macam 3. lagu, langgam 4. corak, ragi, warna. Oleh itu, banyak ragam boleh bermaksud banyak cara, banyak jenis, banyak corak dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. | Makna | 10.02.2011 |
Apakah padanan bagi "pteroyglutamic acid" dan "torula yeast". | Kami mencadangkan padanan seperti berikut: 1) "Pteroylglutamic acid": asid pteroilglutamik 2) "Torula yeast": yis torula atau ragi torula Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 17.08.2021 |