Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , rahmani Ar belas kasihan, pengasih: Tuhan yg bersifat ~ dan rahim; rahim I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : belas kasihan; pengasih: Allah yg bersifat ~ dan rahim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rahman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: Surah Ar-Rahman atau surah Ar-Rahman? Juga, bolekah perkataan surah ini digantikan dengan perkataan surat, contoh: Surat Ar-Rahman? Terima kasih!Ejaan yang betul ialah Surah al-Rahman. Perkataan surah lebih tepat jika merujuk bahagian atau bab yang me­ngisahkan sesuatu dalam al-Quran.Ejaan05.06.2020
Yang manakan ejaan yang betul bagi contoh perkataan di bawah 1. Al Rahman 2. Ar RahmanEjaan yang betul ialah al-Rahman. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan17.11.2008
Tunku Abdul Rahman merupakan anak kepada Sultan Kedah. Adakah Tunku Abdul Rahman turut digelar putera? Kalau digelar putera, adakah kata ganti nama diri yang sesuai digunakan untuk mengelar Tunku Abdul Rahman ialah baginda dan bukannya beliau? Semoga tuan/puan dapat membantu saya dalam kekeliruan ini kerana saya masih keliru akan kata ganti nama diri yang paling tepat dan sesuai untuk digunakan semasa menggelar Tunku Abdul Rahman.Merujuk Kamus Dewan, baginda ialah kata ganti nama untuk kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul. Berdasarkan makna tersebut, kata ganti yang tepat untuk Tunku Abdul Rahman ialah beliau.Lain-lain13.02.2017
Apabila menulis Abdul Rahman dalam tulisan Jawi, patutkah Abdul (عبد) dijarakkan dengan Rahman (الرحمن) seperti (عبد الرحمن) atau disambungkan (عبدالرحمن)?Abdul Rahman dieja dalam dua perkataan, dalam tulisan Jawi (عبد الرحمن).Ejaan22.06.2014
Selamat pagi tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang kata ganti nama diri ketiga yang sesuai untuk mengelar Tunku Abdul Rahman. Saya agak keliru kerana Tunku Abdul Rahman merupakan anak kepada Sultan Kedah. Namun, Tunku Abdul Rahman juga merupakan Perdana Menteri Malaysia. Sesetengah buku menggunakan kata ganti nama diri ketiga 'beliau' tetapi sesetengah buku guna 'baginda'. Semoga tuan/puan boleh membantu menyelesaikan kekeliruan saya ini. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, baginda ialah kata ganti nama untuk kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul. Berdasarkan makna tersebut, kata ganti yang tepat untuk Tunku Abdul Rahman ialah beliau.Tatabahasa08.02.2017
Saya Abdul Rahman, ingin bertanya apakah morfem bebas dan mofem terikat. Terima kasih wassalam.Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.
Tatabahasa03.12.2015
Saya Abdul Rahman, ingin bertanya apakah Kata majmuk dan Sintaksis. Terima kasih wassalam.Kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Manakala,
Sintaksis bermaksud pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dalam ayat.
Makna30.09.2015
Irwan A. Rahman Feb 17th, 8:45pm Assalammualaikum. Sahabat. Saya Irwan Ketua Kemunikasi TV AlHijrah. Mohon pencerahan -> Menara Gading = Tetek PerempuanDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa, menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Makna17.02.2015
Fakhrul Abd Rahman Aug 25th, 11:21pm Assalamualaikum. Di sini saya ingin bertanyakan satu soalan walaupun saya sendiri tidak pasti jika ini tempat yang sesuai bagi pertanyaan ini. Saya sedia maklum bahawa terdapat beberapa program bagi melibatkan murid-murid sekolah dalam aktiviti bahasa dan kesusasteraan seperti perkampungan penulis misalnya. Akan tetapi bagi golongan seperti saya ini iaitu golongan yang baru sahaja keluar dari institusi pendidikan dan memasuki alam pekerjaan, saya dapati tiada saluran yang boleh membawa saya hampir kepada aktiviti-aktiviti bahasa ini. Saya amat hargai sekiranya tuan dapat menunjukkan jika ada apa-apa saluran berbentuk persatuan atau aktiviti yang boleh saya sertai. Saya dahului kesediaan tuan membaca pesanan ini dengan sejambangan terima kasih.Waalaikumsalam WM WBT. Saudara boleh mengikuti kursus penulisan yang dianjurkan oleh Akademi DBP (boleh melayari laman web DBP). Selain itu, Saudara boleh menghubungi Persatuan Penulis Nasional (PENA) melalui e-mel penamalaysia@gmail.com atau talian telefon 03-21425824.Lain-lain25.08.2014
Rahman Haji Yusof Aug 21st, 12:32pm Assalamualaikum. Saya Rahman Haji Yusof pemenang ketiga sayembara novel Citra Malaysia 2013 merayu kepada KP DBP agar diterbitkan segera novel-novel yg menang. Saya sudah tua ingin melihat karya saya diterbitkan sebelum saya meninggal. Terima kasih dan salamWaalaikummusalam, Tuan, berkenaan perkara ini, kami akan panjangkan kepada KP DBP. Walau bagaimanapun, terbitan ini novel bergantung pada manuskrip dan diluluskan oleh pihak jawatankuasa penerbitan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Ketua Buku Sastera, Datin Hajijah Jais di talian 03-21479697 atau e-mel hajijah@dbp.gov.my.Lain-lain21.08.2014
12345678910...

Kembali ke atas