Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rah.sia] | رهسيا

Definisi : 1. benda yg tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja): ia cuba mencungkil ~ yg tersurat di hati Noor; membuka (memecahkan, membongkar) ~ menceritakan sesuatu rahsia; memegang (menyimpan) ~ tetap tidak mahu men­ceritakan sesuatu rahsia; 2. sesuatu (benda, akal, dll) yg sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: kalau tidak mengetahui ~ musuh, bagaimana hendak mengalahkannya; dlm kitab ini diterangkan segala ~ utk mencapai keredaan Allah; pintu ~; surat ~ surat yg isinya khusus utk orang yg tertentu sahaja; 3. secara tidak disiarkan (tidak diketahui orang), diam-diam, gelap, sulit: perempuan ~ menteri-menteri di Cameron Highland; (per)hubungan ~ (per)hu­bungan yg senyap-senyap (diam-diam) dgn tidak di­ketahui orang; ~ alam bahagian (keadaan dll) alam yg belum diketahui orang; ~ jabatan Id rahsia bkn urus­an pejabat; berahsia 1. mempunyai rahsia, menaruh rahsia; bilik ~ bilik yg ada rahsianya; 2. menyembunyikan sesuatu drpd: tidak perlu ~ lagi dgn aku; 3. memberitahukan sesuatu rahsia kpd: ia telah berjaya membawa Awang Putat ~ ke tepi Sungai Pahang; berahsia-rahsia menyembunyikan sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya tidak diketahui oleh orang lain: beliau lebih suka bersendiri, lebih banyak ~ dlm tindakannya; aku tidak suka ~ dan mengecewakan orang lain, apatah lagi engkau rakan akrab dan jiran terdekat aku; merahsiakan tidak memperlihatkan (mem­beri­tahukan), menyimpan sbg rahsia: kenapa kakak masih mahu ~ hal kakak itu kpd saya? kerahsiaan perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban dan ~; perahsiaan perbuatan merahsiakan sesuatu; perahsia suka berahsia: anak muda itu pen­diam dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rah.sia] | رهسيا

Definisi : 1 sesuatu yg hanya diketahui oleh beberapa orang yg tertentu saja (tidak diketahui oleh orang ramai): mencari ~. 2 sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: pintu ~; surat ~. 3 secara tidak diketahui orang; secara diam-diam: Mereka telah mengadakan rundingan ~ di luar negara. berahsia 1 mempunyai rahsia; menaruh rahsia: bilik ~. 2 menyimpan rahsia: Aku tidak pernah ~ dgnmu. 3 mengatakan sesuatu rahsia kpd: Tak usahlah kamu ~ kpdnya kerana dia tidak dpt dipercayai. merahsiakan tidak diberitahukan; menyimpan atau menyembunyikan sesuatu sbg rahsia: Mereka masih ~ hasil rundingan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rahsia (adjektif)
1. Bersinonim dengan sulit: asrar, sir, makhfi, tersembunyi, tersorok,

2. Bersinonim dengan senyap-senyap: diam-diam, gelap, haram,

Kata Terbitan : merahsiakan,

Puisi
 

Kain ini kain sutera,
     Kalau mandi tolong sidaikan;
Rahsia ini kita berdua,
     Orang lain dibilang jangan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Berlindung di balik telunjuk.

Bermaksud :

Rahsia yang tak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan definasi rasmi mengenai istilah 'Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Edaran Terhad' yang sering digunakan di dalam dokumen-dokumen rasmi Kerajaan.Sila rujuk maklumat tersebut dalam Arahan Pentadbiran dan Keselamatan.Makna26.07.2007
Assalamualaikum. (1) Yang mana betul: "Undi anda adalah rahsia" atau "Undi anda ialah rahsia"? (2) Dalam soalan nombor 1, penggunaan perkataan yang mana betul: adakah "undi" atau "undian"? Atau boleh digunakan kedua-duanya? Terima kasih.1. Undi anda adalah rahsia.
2. Perkataan undi lebih tepat.
Tatabahasa03.04.2013
KAIZEN(RAHSIA PEMBANGUNAN JEPUN) PENINGKATAN YANG BERTERUSANIstilah29.10.2010
Ingin merujuk penggunaan perkataan ahli dan anggota. mana lebih sesuai ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja. Keahlian Kesatuan atau keanggotaan Kesatuan. Penggunaan Perkataan Undi Sulit atau Undi Rahsia. Jabatan dalam usaha untuk menyeragamkan perkataan-perkataan di atas dalam Buku Perlembagaan Kesatuan Sekerja. Sekiranya boleh mohon untuk mendapat jawapan sebelum jam 9 pagi 28/9/2012. Jutaan Terima kasih atas kerjasama.Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan sulit sama maksudnya dengan rahsia. Maka tiada kesalahan penggunaan undi sulit atau undi rahsia.Tatabahasa27.09.2012
Ahmad membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia” yang ditulis oleh Idris Rahman. Adakah tajuk buku itu perlu ada tanda pengikat/petik? Terima kasihTajuk buku hendaklah diitalikkan dan tidak perlu dibuat tanda petik.Karya24.04.2012
Salaam, Saya amat berminat untuk menerbitkan buku saya: Rahsia Nikmat Kegagalan Dalam Bisnes. Untuk perhatian, saya sedang menyiapkan buku tersebut dalam sudah hampir 50% siap. Mohon pencerahan dari pihak DBP untuk membantu menerbitkan buku ini. Terima kasih. AzhareeWkm salam wbkt. Manuskrip yang telah siap ditulis, lengkap dengan bahan awalannya boleh dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Manuskrip ini akan melalui beberapa proses penilaian untuk dipertimbangkan kesesuaian penerbitannya oleh DBP.Lain-lain08.07.2013
makna kriptografikajian linguistik yang berkaitan dengan kod rahsia yang dapat membantu seseorang memahami bahasa yang telah pupus.Tatabahasa13.12.2007
salam.boleh tak saya mendapatkan beberapa contoh kata slanga yang bersifat kod rahsia dan jarang diketahiu umum.Maklumat yang tuan kehendaki tidak terdapat di dalam pangkalan data kami. Kajian dan pembacaan perlu dilakukan bagi mendapatkan kata slanga yang bersifat rahisa dan jarang diketahui umum.

Bahasa slanga ialah kata-kata yang digunakan dalam konteks percakapan tidak rasmi atau tidak baku.
Tatabahasa18.10.2013
MAKSUD PERKATAAN KASYAFKasyaf berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud (berkenaan ahli sufi) penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati.Makna23.06.2009
Definisi kerahsiaan
  • kerahsiaan

    perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban dan kerahsiaan.
  • Makna22.10.2009
    1234

    Kembali ke atas