Salam sejahtera, Saya mempunyai 3 pertanyaan seperti yang berikut: i. Majils Raja-raja atau Majlis Raja-Raja? ii. Raja-Raja Melayu atau Raja-raja Melayu? iii. Apakah perbezaan antara pelaksanaan dan perlaksanaan? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Raja-raja Melayu, tidak seperti Majlis Raja-Raja Melayu iaitu sebuah badan khas. Perlaksanaan ialah hasil daripada melaksanakan, manakala pelaksanaan ialah proses melaksanakan. Lazimnya kita menggunakan perkataan pelaksanaan kerana menceritakan proses atau perihal melaksanakan. | Ejaan | 31.05.2012 |
Tolong jelaskan maksud tersirat bagi frasa di bawah. i. "Hai encik, jangan bersorak dahulu, itu anak raja berlabuh tirai!" (maksud berlabuh tirai) ii. "Jangan tuan-tuan bersorak dahulu, itu anak raja berpangkas gombak." (maksud berpangkas gombak) Sekian, terima kasih. | Tidak ada perkataan berlabuh tirai dalam pangkalan data kami, perkataan yang ada ialah tirai berlabuh yang bermaksud berhenti atau singgah. Gombak bermaksud jambul dan berpangkas bermaksud bergunting. Perkataan berpangkas gombak diungkapkan dalam cerita Melayu klasik yang bermaksud bergunting jambul/rambut. | Tatabahasa | 31.03.2012 |
Ayat majmuk yang hendak dipisahkan ialah 'Bangunan Gedung Raja Abdullah yang dibina berdekatan Sungai Klang terdiri daripada satu blok dua tingkat'. Ayat majmuk ini hendak dipisahakan kepada dua ayat tunggal. Saya tak pasti sama ada ayat majmuk itu sendiri betul atau salah. Terima kasih. | Saudara, Dua ayat tunggal tersebut adalah seperti yang berikut: i. Bangunan Gedung raja Abdullah dibina berdekatan Sungai Klang. ii. Bangunan Gedung Raja Abdullah terdiri daripada satu blok dua tingkat. | Tatabahasa | 09.09.2009 |
Salam, dahulu nama 'Kastam Diraja Malaysia' disingkatkan dengan KDRM. Bagi tujuan penjenamaan semula jabatan, Kastam Diraja Malaysia dinamakan 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia' atau singkatnya JKDM. Soalan pertama, mestikah nama organisasi dinamakan dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA atau nama KASTAM DIRAJA MALAYSIA boleh berdiri dengan sendiri tanpa memasukkan perkataan JABATAN. Soalan kedua, singkatan JKDM atau JKDRM, mana yang betul. Contoh KDRM sama dengan PDRM, manakala TUDM dan TLDM tidak memasukkan R (Raja) dalam singkatannya. Sekian, terima kasih. | Saudara Anuar, i. Untuk penamaan semula organisasi adalah lebih sesuai dan tepat organisasi tersebut dinamai Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Penamaan ini adalah selaras dengan nama jabatan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penyiaran Malaysia, dan sebagainya. ii. Dari segi singkatan yang hanya mengambil huruf pertama nama organisasi, maka singkatannya ialah JKDM kerana perkataan 'Diraja' dieja sebagai satu perkataan bersesuaian dengan singkatan TUDM dan TLDM. Walau bagaimanapun saudara bolehlah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk memastikan sekiranya terdapat kaedah penulisan singkatan jabatan di peringakat JPA. | Lain-lain | 10.08.2009 |
bagaimanakah cara yang betul dalam penggunaan tanda baca titik bertindih dan penomboran selepas keterangan. contoh Rukun Islam ada lima: 1. Percaya kepada Allah. 2. Percaya kepada Malaikat. (adakah digunakan huruf besar pada awal dan diakhiri noktah?) | Kalau dalam ayat, Rukun Negara ada lima, iaitu Kepercaayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Jika menggunakan tanda dua titik bertindih dalam ayat , hendaklah ditulis Rukun Negara ada lima : Kepercayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Sekiranya ditulis dalam bentuk poin, hendaklah seperti contoh berikut : i. Kepercayaan kepada Tuhan ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara hingga akhir tanpa meletakkan tanda noktah selepas setiap poin. Setiap huruf awal hendaklah menggunakan huruf besar. | Lain-lain | 12.02.2008 |
apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan | Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat. Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu: i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut. ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran. iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat. iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya. v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran. Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti: a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai. d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal. | Lain-lain | 01.09.2009 |