Salam sejahtera, Adakah "betapa pun" dikategorikan sebagai kata hubung? Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, betapa bermaksud peri, alangkah: sekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut; ~ senangnya hati anak negeri; 2. sesuai dgn, seperti: maka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; 3. bagaimana, dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; 4. meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. Merujuk pada buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, betapa merupakan kata tugas dan dalam kategori kata hubung. | Tatabahasa | 07.12.2013 |
"raja-raja Melayu" ditulis dengan huruf besar seperti "Raja-raja Melayu" atau tidak? | Ejaan yang betul ialah raja-raja Melayu kerana merujuk kepada pemimpin negara, panglima perkhidmatan, pemimpin tentera luar negara kerana kesemuanya merupakan kata nama am. | Istilah | 29.11.2016 |
Adahah ejaan Raja-Raja Melayu, Peminpin Negara, Panglima Perkhidmatan, Pemimpin Tentera Luar Negara di awal perkataan huruf besar. | Ejaan yang betul ialah raja-raja Melayu, pemimpin negara, panglima perkhidmatan, pemimpin tentera luar negara kerana kesemuanya merupakan kata nama am. | Ejaan | 19.07.2012 |
Saya ingin bertanya tentang peraturan huruf besar dan huruf kecil. Bagi menterjemahkan frasa seperti "the king of Denmark", perlukah saya menghurufbesarkan raja, "Raja Denmark" atau "raja Denmark" yang betul? Bagaimana pula dengan "the river of Nile"? Sungai Nil atau sungai Nil? Terima kasih | Ejaan yang betul ialah Raja Denmark dan Sungai Nil kerana kedua-dua frasa ialah kata nama khas. | Ejaan | 18.06.2013 |
Hi, menurut Arkib Soalan anda, setiap perkataan dalam kata ganda harus dimulakan dengan huruf besar, misalnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Majlis Raja-Raja Yang Di-Pertuan Negeri. Adakah ini masih betul? | Bukan setiap ganda yang harus dimulakan dengan huruf besar, tetapi kata nama khas. Dalam konteks ini contoh-contoh yang diberi ialah kata nama khas, oleh itu setiap awalan katanya berhuruf besar. | Tatabahasa | 04.12.2007 |
Yang manakah penggunaan yang tepat bagi perkataan 'menghadap' @'mengadap' dalam ayat berikut: 1) Perdana Menteri akan menghadap Sultan Pahang. 2) Perdana Menteri akan mengadap Sultan Pahang. | Merujuk Kamus Dewan, daripada perkataan hadap menjadi menghadap yang bermaksud datang menemui (raja atau orang besar-besar). Perkatan mengadap juga ditemukan dalam Kamus Pelajar yang bermaksud menghadap (raja atau orang besar-besar). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut betul, namun dalam konteks ayat yang tersebut perkataan mengadap lebih kerap digunakan. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
huruf 'n' yg ke-2 bg nama khas Negeri-negeri Melayu Bersekutu perlu dieja Negeri-negeri... @ Negeri-Negeri... begitu jg bg nama khas yg lain spt. Peringatan Raja-raja Kedah, Undang-undang Kedah, Negeri-negeri Selat. harap dtp bantu saya. Terima kasih. | Nama-nama khas seperti Negeri-Negeri Bersekutu, Undang-Undang Kedah, Negeri-Negeri Selat ditulis dengan huruf besar pada kata ganda yang kedua. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
perbezaan antara sultan dan raja | Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'. Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; | Makna | 02.07.2009 |
Saya Fateehah mat-adam Saya belajar bahasa dan Saya ingin bertanya tentang bahasa Apakah makna Keharmatan | Tiada maklumat berkaitan perkataan keharmatan dalam data kami. Walau bagaimanapun terdapat perkataan yang hampir dengan perkataan tersebut iaitu kehormatan yang bermaksud pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sebagai menghargai jasanya yang besar itu, Florence Nightingale telah dikuniai ~ Order of Merit oleh Raja Inggeris dalam tahun 1907. 2 nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3 kebesaran atau kemuliaan raja-raja dan lain-lainl: ~ Raja-Raja Melayu. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=KEHORMATAN | Makna | 09.11.2015 |
Tuan, Soalan saya berkenaan kata mengadap (seperti mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia). Apakah kata dasarnya, adakah adap? Atau penggunaannya yang betul ialah menghadap? Terima kasih. | Kata terbitan yang betul ialah menghadap iaitu datang menemui raja atau orang besar-besar. Kata dasar hadap dan menerima awalan meN-. | Tatabahasa | 29.12.2011 |