| 1.Anand menyapu lantai dengan (rajinnya)/(rajin) Adakah ayat-ayat di atas betul? | Ayat yang sesuai digunakan ialah “Anand menyapu lantai dengan rajinnya.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2013), halaman 280 dan 296, atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my melalui pautan Khidmat Nasihat. | Tatabahasa | 05.05.2025 |
| Merujuk jawapan tuan (6.4.2012) bahawa ayat 'Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul" betul kerana membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Walau bagaimanapun hal tersebut tidak mematuhi keterangan dalam Tatabahasa Dewan m/s 280 iaitu ' dengan ' hadir di hadapan frasa/ kata nama, sedangkan 'betul' ialah kata adjektif. Sesuatu perlu dilakukan kepada perkataan betul supaya menjadi kata/frasa nama seperti rajin = rajinnya. saya berpandangan ayat tersebut boleh ditulis " Pilih ayat-ayat yang betul penggunaan perkataan bergarisnya" Mohon pandangan tuan. | Ayat "Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul" betul. Kata "dengan" dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan, bukan kata sendi nama. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 06.04.2012 |