Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rakan-rakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Ibu menjahitkan kakak baju kurung."(betul) tapi mengapa "Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat." (salah) bukankah menjahitkan kakak bermaksud menjahitkan untuk kakak manakala menghidangkan rakan-rakan bermaksud menghidangkan untuk rakan-rakan.Mohon penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan.Terima kasih

Perkataan menjahitkan dan menghidangkan merupakan kata kerja transitif aktif. Walau bagaimanapun kata kerja menjahitkan diikuti oleh kata nama objek bernyawa, iaitu kakak, manakala kata kerja menghidangkan diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti makanan. 

Tatabahasa14.01.2011
Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat di bawah? 1) Rusdi mempunyai banyak rakan-rakan yang tinggal di kampung yang tersusun itu. 2) Pak Long masih teguh ingatannya walaupun umurnya sudah lanjut.(SESUAIKAH PERKATAAN TEGUH DIGUNAKAN DALAM AYAT INI?) Mohon penjelasan daripada pihak tuan sekiranya ada kesalahan dari segi frasa atau penggunaan perkataan1) Rusdi mempunyai banyak rakan-rakan yang tinggal di kampung yang tersusun itu.

Kesalahan
banyak rakan-rakan - frasa ini telah lewah. rakan-rakan telah menunjukkan banyak. Tidak perlu banyak rakan-rakan. Memadai rakan-rakan.

 2) Pak Long masih teguh ingatannya walaupun umurnya sudah lanjut.
teguh- kurang sesuai dalam konteks ayat di atas. Perkataan yang paling tepat ialah kuat.
Tatabahasa17.08.2012
Rakan atau rakan-rakan? Contoh : kongsi barangan yang boleh digunakan semula dengan keluarga dan rakan. (atau rakan-rakan?)Kata 'rakan' sudah memadai, tidak perlu digandakan.Tatabahasa13.04.2011
bagaimanakah cara untuk menukarkan ayat yang berikut? Saya dan rakan-rakan telah melaksanakan tugasan itu dengan baik.Ayat yang betul ialah "Saya dan rakan-rakan telah melaksanakan tugasan itu dengan baiknya."Lain-lain05.05.2023
manakah jawapan yang tepat? kita harus memberi kritikan yang membina / membena terhadap rakan - rakan.Yang betul ialah, kita harus memberi kritikan yang membina terhadap rakan - rakan.Tatabahasa05.11.2007
Salam sejahtera. Ayat berikut ada apa kesalahan ? perlu ada "sekalian"? Salam sejahtera, Tuan pengerusi majlis, Guri besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.rakan sekalian ataupun rakan-rakan.Tatabahasa06.10.2012
kata manakah yang harus digunakan "pentaksir" atau "penaksir" untuk situasi berikut. Assalamualaikum kepada guru "pentaksir" bahasa Melayu dan rakan-rakan . atau Assalamualaikum kepada guru "penaksir" bahasa Melayu dan rakan-rakan. sekian, terima kasih.Pentaksir dan penaksir mempunyai makna yang sama. Kedua-dua perkataan ini diterima pakai. Cuma, adakah perkataan guru penaksir digunakan dalam profesion perguruan?Makna30.04.2011
1. Apakah berbezaan antara perkataan bersama dan bersama-sama? Yang manakah frasa yang tepat "bersama-sama rakan-rakan" atau "bersama rakan-rakan" 2. Penggunaan yang tepat bagi perkataan belakangan ini?

1. Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Frasa yang tepat ialah bersama-sama rakan atau bersama dengan rakan.

2. Belakangan ini sama maknanya dengan kebelakangan ini, contoh ayat: Belakangan/kebelakangan ini, banyak anak-anak Melayu yang berminat untuk berniaga.

Tatabahasa25.01.2011
bagaimanakah cara untuk menukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif? Saya dan rakan-rakan telah melaksanakan tugasan itu dengan baik.

Ayat pasif yang betul ialah “Tugasan itu telah saya dan rakan-rakan laksanakan dengan baik”.

Tatabahasa08.05.2023
Mohon DBP cadang penggunaan yang tepat. 1. Sultan menganugerahkan ATAU mengurniakan pingat kebesaran...? 2. Selamat pagi guru dan rakan rakan sekalian / Selamat pagi guru dan rakan rakan. yang mana betul? Terima kasih.1. Penggunaan perkataan yang tepat dalam konteks tersebut ialah Sultan mengurniakan pingat kebesaran. 2. Frasa yang betul ialah Selamat pagi guru dan rakan sekalian.Lain-lain25.05.2021
12345678910...

Kembali ke atas