Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rakannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Lelaki yang lurus macam _______itu selalu dibuli oleh rakannyarakannya. A. pembaris B. bendul Kenapa jawapan pembaris salah?Lurus macam bendul merupakan bahasa kiasan yang telah pun mantap penggunaannya.Tatabahasa31.03.2007
Mana satu betul? 1a. Salmah menjemput rakannya makan. 1b. Salmah menjemput rakannya supaya makan?Ayat yang betul ialah "Salmah menjemput rakannya makan".Tatabahasa04.02.2015
Tuan, Yang manakah betul, "Timah banyak membeli hadiah untuk rakan-rakannya" atau "Timah membeli banyak hadiah untuk rakan-rakannya"?Yang betul ialah Timah membeli banyak hadiah untuk rakan-rakannya.Tatabahasa08.10.2009
Adakah ayat berikut betul? Yuk Sing memaklumkan guru pengiring tentang kehilangan rakannya.Yuk Sing memaklumkan guru pengiring tentang kehilangan rakannya. Ayat ini tidak gramatis dan boleh dibetulkan menjadi Yuk Sing memaklumkan kehilangan rakannya kepada guru pengiring.Tatabahasa28.01.2015
Ingin bertanya penggunaan frasa yang betul dan minta pencerahannya. 1. Amin "melambai tangan" kepada rakannya, atau Amin "melambaikan tangan" kepada rakannya. 2. titah Sultan Mansur kepada "rakyatnya" atau titah Sultan Mansur kepada "rakyat-rakyatnya" 3. Adakah penggunaan "hadirin sekalian" dibolehkan walaupun kedua-dua perkataan membawa maksud jamak?Ayat yang betul ialah:
1. Amin "melambai tangan" kepada rakannya.
2.  Titah Sultan Mansur kepada "rakyatnya".
3. "hadirin sekalian" dibolehkan walaupun kedua-dua perkataan membawa maksud jamak.
Tatabahasa12.05.2015
Apakah kesalahan dalam ayat ini? Ali dan rakannya ialah budiman ulung yang mempelopori perfileman tanah air Terima kasih untuk bantuan anda >Tidak terdapat kesalahan dalam ayat "Ali dan rakannya ialah budiman ulung yang mempelopori perfileman tanah air."Tatabahasa20.08.2015
Salam sejahtera. Ayat berikut yang manakah betul penggunaan kata sendinya. Ayat (1): Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat (2): Swee Ling menulis alamat rumah pada sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat 3: Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Ayat (4): Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan pada batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru.

Penggunaan kata sendi yang betul ialah “di atas”,  iaitu (1); Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya dan Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Kata sendi “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada pada. Contohnya: ...pada pukul tujuh pagi; Wang itu ada pada ibu dan kaki lembu itu disangkutkan pada cangkuk besi. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 265-266 dan 274-275.

Tatabahasa20.02.2014
Salam sejahtera Khidmat Nasihat DBP, Saya ingin mengetahui sebab ayat berikut tidak gramatis menurut sesetengah pihak. 1. Apa-apa yang diperkatakannya tentang rakannya adalah benar. Sekian. Terima kasih Ali BaniAyat apa-apa yang diperkatakannya tentang rakannya adalah benar ialah ayat yang gramatis.Tatabahasa06.08.2012
Walaupun Osman tergolong antara pemain terkecil dalam pasukannya namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. kata tergolong dan antara dalam ayat di atas betul atau tidak? atau yg salah ialah kata terkecil?tqAyat yang lebih tepat ialah "Walaupun Osman tergolong dalam pemain terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain."Tatabahasa03.10.2013
Apakah kesalahan yang terdapat di dalam ayat ini? “Pilihlah apa yang sesuai untuk dipadankan dengan baju ini,” kata Ain kepada rakannya. Mohon penjelasan. Terima kasihAyat yang betul ialah “Pilihlah apa-apa yang sesuai untuk dipadankan dengan baju ini,” kata Ain kepada rakannya.

Apa ialah kata yang digunakan untuk menanyakan sesuatu, contohnya: Apakah nama benda itu?

Apa-apa pula membawa maksud barang sesuatu, sesuatu.
Tatabahasa28.03.2020
1234

Kembali ke atas