Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian | Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi) 2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu 3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang | Makna | 15.05.2011 |
bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian | Soalan saudari tidak jelas. Peribahasa yang ada 'Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. | Lain-lain | 08.10.2009 |
Selamat pagi, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang perbezaan maksud dan cara menggunakan perkataan berikut: dekat dan berdekatan. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dekat bermaksud: 1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dari, hampir. Contohnya, 'rumahnya dekat dengan kedai'; 'Sungai Siput letaknya dekat sahaja dengan Kuala Kangsar'. 2. hampir (berkenaan waktu, masa, jumlah, dll). Contohnya, wang yang dikumpulkannya sekarang ini sudah dekat seribu ringgit. 3. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu). Contohnya, 'Peperiksaan akhir tahun sudah dekat'. 4. rapat (berkenaan hubungan persaudaraan, persahabatan dll), karib Contohnya, 'penghulu kampung itu dekat benar dengan anak buahnya.' Berdekatan pula bermaksud berada atau terletak dekat (dengan sesuatu tempat), berhampiran. Contohnya, rakit itu kemudiannya dihanyutkan dihanyutkan ke dalam sungai yang berdekatan.' | Makna | 20.01.2012 |
Apakah perbezaan antara 'berdampingan', 'bergandingan' dan 'berdekatan' dari segi penggunaan istilah? | Puan Lee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP, berikut diberikan makan seperti yang ditanya. berdampingan - berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; berganding - berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat); berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn); | Makna | 06.01.2010 |