| Ingin bertanya penggunaan frasa yang betul dan minta pencerahannya. 1. Amin "melambai tangan" kepada rakannya, atau Amin "melambaikan tangan" kepada rakannya. 2. titah Sultan Mansur kepada "rakyatnya" atau titah Sultan Mansur kepada "rakyat-rakyatnya" 3. Adakah penggunaan "hadirin sekalian" dibolehkan walaupun kedua-dua perkataan membawa maksud jamak? | Ayat yang betul ialah: 1. Amin "melambai tangan" kepada rakannya. 2. Titah Sultan Mansur kepada "rakyatnya". 3. "hadirin sekalian" dibolehkan walaupun kedua-dua perkataan membawa maksud jamak. | Tatabahasa | 12.05.2015 |
| Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ? | 1. Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. 2. Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. 3. Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. | Tatabahasa | 24.05.2013 |
| Dalam konteks tatabahasa, adakah Malaysia boleh dianggap sebagai kata ganti diri nama dalam ayat berikut? Adakah ayat di bawah dianggap gramatis? "Malaysia menyaksikan pelbagai perayaan kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum." | Contoh ayat yang diberikan tidak tepat dan “Malaysia” bukan kata ganti nama diri. Ayat yang betul ialah “Pelbagai perayaan dapat disaksikan di Malaysia kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.” Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2008) hlmn. 101 untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Kata Ganti Nama.
| Tatabahasa | 21.01.2024 |
| Salam Sejahtera. Mohon pandangan tuan untuk soalan di bawah: "Mohon rakyat jelata mendoakan kesejahteraan.................." kata wakil istana kepada rakyatnya. Jawapan yang paling sesuai, "tuanku" atau "baginda"? Terima kasih atas penerangan nanti. | Jawapan yang sesuai ialah "baginda" | Lain-lain | 13.08.2014 |
| Salam sejahtera, Bolehkah "Free Shred Day" diterjemahkan sebagai "Hari Cincang Kertas Percuma"? Ini merupakan hari yang disambut oleh Amerika Syarikat supaya rakyatnya boleh mencincang kertas dengan percuma di sesebuah lokasi yang terpilih. Jika terjemahan tidak sesuai, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Sumber: https://www.westerndisposal.com/blog/shred-days-announced/ Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | "Free Shred Day" lebih sesuai diterjemahkan sebagai "Hari Mencincang Kertas". Walaupun perkataan "free" membawa maksud percuma, namun dalam konteks ini, perkataan percuma digugurkan kerana Hari Mencincang Kertas sudah cukup untuk membawa maksud hari mencincang kertas secara percuma. Sekian. Terima kasih. | Makna | 14.01.2018 |
| Tolong beri penerangan tentang: 1.Pembentukan ayat yang menggunakan klausa dengan tugas-tugasnya bagi ayat-ayat di bawah. 2. Sebab-sebab klausa berfungsi sebagai tugas yang tertentu. Ayat 1 Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya Ayat 2 Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan. | Kedua-dua contoh ayat yang diberikan ialah ayat komplemen. Dalam ayat pertama, Saya menjelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Dalam ayat tersebut, ayat "bahawa pemimpin itu tidak amanah" merupakan objek kepada kata kerja transitif "menerangkan". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 508. | Tatabahasa | 23.08.2013 |
| Salam sejahtera Saya merupakan penuntut di sebuah universiti luar negara. Sepanjang tempoh pengajian, kebanyakan masyarakat tempatan yang saya temui menunjukkkan minat yang kuat terhadap Malaysia dan bahasa pertuturan rakyatnya. Soalan yang sering diajukan adalah : Apakah nama bagi rakyat ( Perancis )* dalam bahasa melayu? *negara Jawapan yang saya beri : orang perancis Soalan saya adakah terdapat kata adjektif untuk setiap rakyat sesuatu negara? Jika ya, mungkin saya cetek ilmu bahasa sendiri. Jika tidak, perlu diwujudkan supaya memudahkan masyarakat. | Encik Mohd Khairul, Memang tidaka ada kata adjektif bagai nama setiap rakayat bagi sesuatu negara. Mungkin Encik keliru dengan panggilan orang putih. Ini gelaran yang diberikan kepada orang Inggeris. | Lain-lain | 02.10.2010 |
| Apakah maksud istilah 'negara bangsa' dalam frasa 'citra negara bangsa'. Bolehkah 'negara bangsa' digunakan untuk menggantikan perkataan 'bangsa'. Apakah perbezaan di antara kedua-dua perkataan? | Istilah negara bangsa bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Negara bangsa merupakan suatu istilah yang sama sekali berbeza dengan bangsa kerana bangsa hanya merujuk kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan. | Istilah | 19.12.2008 |
| Tuan/Puan Di Sini saya lampirkan e-mail yang saya terima dari tempat ker Soalan saya yang palng utama ialah berkenaan pantun di bawah. Kitaketepikan Maksud Pantu rangkp 2 dan 3. Yang saya persoalkan adalah pembayangnya rangkap 1 dan 2. Sayatak mahu memakukan Negeri saya serta rakyatnya. Pantun ini harus saya ucapkandi PA semasa ketibaan. Jika pantun ini tidak melambangkan ciri pantun melayu asli (pada saya tidak langsung). Saya meminta pohak DBP berhubung dengan Malaysia Airlines atas kurang prihatinmereka akan Pabtu Melayu berzaman yang halus dan cukup indah Subject : NEGARKU CAMPAIGN Initiative – After Landing Announcement (Effective Immediately) Dear Cabin Crew, With reference to the circular below, please be informed that the Negaraku Campaign Initiative will take effect immediately. The After Landing Announcement (please see attachment) should include one of the following: 1. Pantun (Preferred; If Crew is confident in the delivery) Membeli gelang di Pasar Karat, Untuk hantaran si anak dara, Negaraku lambang kesatuan rakyat, Selamat pulang, perantau Negatakuj Minta tolong sangat dengan pendapat Tuan/Puan atas pantundi atas. Terima Kasih | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan pandangan tuan, memang betul pembayang pantun tersebut tidak sesuai dengan maksud pantun. Pembayang kebiasaannya perlu berkaitan dengan jiwa besar, lambang Negara seperti bendera, atau alam seperti pelangi. Hal ini kerana maksud pantun ini berkaitan dengan jiwa dan semangat perantau. Sekian, terima kasih. | Makna | 20.06.2017 |
| Selamat sejahtera, Banjir kilat telah menenggelamkan/menenggelami kereta-kereta penghuni kota . Soalan : 1. penggunaan "menenggelamkan" atau "menenggelami "yang betul? Sila jelaskan. 2. Adakah "kereta-kereta penghuni kota" menyalahi hukum tatabahasa ? Jelaskan Membaca merupakan satu hobi berbentuk riadah . 1. Adakah "berbentuk" kata kerja tak transitf (KKTT) Terdapat segolongan penduduk terlupa bahawa maju mundur sesebuah negara amat bergantung pada rakyatnya yang berilmu. 1. Adakah kata 'terdapat", "terlupa","bergantung" dan "berilmu" KKTT. Tolong jelaskan sebab. Terima kasih. | Cikgu terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Imbuhan meN....i digunakan untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif manakala iambuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Atau pada kebiasaannya imbuhan yang berakhir dengan i....ditujukan kepada benda hidup dan ...kan pada benda tidak hidup. Walau bagaimanapun sila rujuk mana-mana buku tatabahasa untuk penjelasan lanjut. Terima kasih | Tatabahasa | 21.05.2009 |