Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
Ramadan (kata nama)
Bersinonim dengan bulan puasa, bulan mulia, bulan berkat, bulan rahmat, bulan pahala.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
EJAAN PERKATAAN "RAMADHAN" ATAU "RAMADAN" Yang mana satu ejaan yang betul "Ramadhan" atau "Ramadan" Kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Empat ejaan yang betul ialah " RAMADAN ' Tetapi pada pandangan & pendapat saya ejaan jawi bulan ramadhan "dh" adalah jawi "Dhad" . Sedangkan ramadan "dan' adalah huruf "dal" bila sebut dengan betul pun bunyinya ada perbezaan "dan" dengan "dhan" Jadi sekarang yang mana satu mesti boleh diguna pakai. sekian, terima kasih.

Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Entri "Ramadan" walaupun ditulis begitu, tuan bebas menyebutnya dengan bunyi "dhod" tidak ada salahnya. Kamus hanya merakamkan penggunaan mana yang terbanyak. Tuan boleh juga menulis mengikut ejaan transliterasi agar lebih tepat. Tetapi sekiranya tuan ingin menggunakan tulisan umum ejaan sebagamana yang tertera di dalam KD4 itulah yang dikira tepat - "Ramadan".

Ejaan13.08.2009
Mohamad Noorazali Ishak Jul 10th, 11:52am assalamualaikum admin..nak tanya ejaan untuk ramadhan atau ramadan? kebelakangan ni tengok ejaan ramadan termasuk di televisyen bukan ramadhan..ada perubahan ke?Penyesuaian ejaan “Ramadhan” kepada “Ramadan” telah dibuat mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Penggunaan ejaan “Ramadan” dalam Kamus Melayu Dewan bermula dari Edisi Kedua pada tahun 1984 lagi.Ejaan11.07.2014
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll

Encik Rizuan,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain11.05.2010
saya nak kepastian berkenaan ejaan ramadan yang betul. Adakah Ramadan atau Ramadhan?Ejaan yang betul ialah Ramadan.Ejaan03.07.2015
Mengapa dalam kalangan masyarakat kita gemar mengeja Ramadhan berbanding Ramadan ?

Tuan,

Barangkali banyak sebab yang mendorong masyarakat kita mengekalkan ejaan "Ramadhan" berbanding yang diterima pakai hari ini iaitu "Ramadan".

1. Faktor tidak tahu. Mereka beranggapan bahawa ejaan 'Ramadhan' yang paling standard disebabkan oleh pengaruh atau terbiasa dengan ejaan lama.

2. Faktor buat-buat tidak tahu. Mereka terdiri daripada golongan yang mahu padanan huruf 'dod' kekal ditransliterasikan sebagai 'dh' atas alasan mengeja kata serapan Arab. Biasanya golongan berlatarbelakangkan agama.

 

Penyelidikan05.09.2010
Assalamualaikum, Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan ejaan sebenar RAMADHAN atau RAMADAN bagi semua promosi syarikat kami. kerana kami menerima surat pekeliling dari agency kami seperti yang dilampirkan. Harap pihak tuan dapat membantu. Terima kasih

Wa`alaikumussalam.

Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. Ejaan yang betul ialah Ramadan, bukannya Ramadhan.

Lain-lain16.08.2010
1)hadis atau hadith 2)ramadan atau ramadhan1)hadis 2)ramadanEjaan21.07.2011
Saya mencadangkan agar ejaan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perlu dikemas kini agar mengikut situasi dan perkembangan semasa. Contoh ejaan yang perlu dikemas kini ialah istirahat menjadi istirehat, taasub ( taksub ), profesionalisme ( profesionalisma ), gubra ( gabra ), stoking ( stokin ), koir ( kuayer ), mestika ( mustika ) geroda ( garuda ), Ramadan ( Ramadhan ) dan lain-lain lagi.

Saudara,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain19.12.2009
yang mana satu betul, perkataan 'Yang-dipertua Negeri, Sembilan' atau 'Yang-dipertuan Negeri, Negeri Sembilan'? dan 'Ramadan' atau 'Ramadhan'?Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan RamadanEjaan01.12.2006
1) Bulan Ramadan atau bulan Ramadhan? 2) Redha atau reda?Ejaan yang betul ialah Ramadan dan reda.Ejaan20.02.2012
12

Kembali ke atas