1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting | 1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya. 2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting. | Tatabahasa | 07.07.2011 |
Salam sejahtera, Tuan / Puan Antara yang berikut, yang manakah gramatis: 1a) Pengering rambut 1b) Alat pengering rambut 2a) Pengacip kekeras 2b) Alat pengacip kekeras 3a) Penimbang badan 3b) Alat penimbang badan 4a) Pemotong kertas 4b) Alat pemotong kertas 5a) Penunjuk skala 5b) Alat penunjuk skala Pada pendapat saya, 'pe-' membawa maksud 'alat'. Oleh itu, adalah tidak gramatis jika kita katakan 'alat pengering rambut', sebetulnya 'pengering rambut'. Adakah pemahaman saya betul? Sekian, terima kasih CK | Frasa yang betul ialah Pengering Rambut, Pengacip Kekeras, Penimbang Badan, Pemotong Kertas dan Penunjuk Skala. Awalan pe-... penanda makna atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar. | Tatabahasa | 10.02.2012 |
Rambut Aminah [tegang] setelah disapu dengan gel. Adakah perkataan 'tegang' tepat penggunaannya? Kalau salah, apakah perkataan yang lebih tepat? Tegak? Lurus? Kaku? Terima kasih. | Perkataan yang lebih tepat ialah keras. | Tatabahasa | 27.05.2010 |
apakah maksud alat rambut kering? | Frasa yang betul ialah pengering rambut iaitu alat untuk mengeringkan rambut yang basah (selepas mandi dan sebagainya). | Tatabahasa | 30.10.2012 |
Adakah ayat penggunaan bahasa bagi "salun(di ikuti nama syarikat)" adalah betul...atau "salun rambut (nama syarikat)"... cth : "Salun Aida" atau "Salun Rambut Aida" mohon pandangan tuan..TK | Frasa yang betul untuk keterangan aktiviti syarikat tersebut ialah "Salun Dandanan Rambut Aida" atau "Salun Dandanan Rambut". | Tatabahasa | 25.08.2011 |
sila tolong buat pengesahan Lasen Papan Iklan tersebut.Terima kasih...reply me the result to khim_fung@hotmail.com. | Sila tukar Kedai Rambut kepada Kedai Gunting Rambut. Setelah membuat pembetulan di ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk proses pengesahan iklan. | Tatabahasa | 09.01.2013 |
Soalan peperiksaan anak meminta pelajar memasifkan ayat aktif berikut: "Wa Wa mewarnakan rambutnya." Jawapan anak : Rambut Wa Wa diwarnakannya. Jawapan cikgu : Rambut Wa Wa diwarnakan oleh dia. Mohon dapar menjelaskan pengunaan kata ganti nama diri ketiga dalam ayat pasif yang sepatutnya kerana rujukan kepada beberapa buku rujukan memberikan keterangan yang berbeza. Tidak pasti sama ada jawapan anak atau pun jawapan cikgu yang lebih tepat. | Ayat Rambut Wa Wa diwarnakannya dan Rambut Wa Wa diwarnakan oleh dia kedua-duanya boleh diterima sebagai bentuk pasif ayat Wa Wa mewarnakan rambutnya. Namun yang paling tepat ialah Rambut Wa Wa diwarnakannya (diwarnakan olehnya). | Tatabahasa | 28.06.2011 |
"Ibu risau nanti," Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. / "Ibu risau nanti." Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. | Penggunaan tanda baca yang betul adalah pada ayat yang pertama, iaitu "Ibu risau nanti,"Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. | Ejaan | 19.10.2011 |
Penggunaan "cuci" dan "basuh" Adakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam ayat ini. Saya membasuh rambut 2 hari sekali. Saya mencuci rambut dua kali sehari. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Oleh itu, kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. 1. Saya membasuh rambut dua hari sekali. 2. Saya mencuci rambut dua kali sehari. | Makna | 21.07.2013 |
ayat mana yang betul. 1. Rambut Nina sudah bersikat atau 2. Rambut Nina bersikat. | Menurut Kamus Dewan, edisi keempat, bersikat bermaksud telah (sudah) disisirkan. Oleh itu, ayat 2 lebih tepat. | Lain-lain | 25.07.2012 |