Yang manakah ayat di bawah ini betul? a)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti yang dalam Rajah 1-1. b)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. Bagaimanakah penggunaan kata sendi yang betul? | Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. | Tatabahasa | 08.07.2012 |
Apakah kata hubung bagi rangka ayam? Adakah 1 ekor rangka ayam? | Untuk makluman kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Contoh kata hubung ialah dan, atau, tetapi dan sambil. "Ekor" ialah penjodoh bilangan. Dalam konteks ini, penjodoh bilangan tidak perlu kerana bukan semua benda boleh diberi penjodoh bilangan. Oleh itu, gunakan "1 rangka ayam" sahaja. | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Mohon penjelasan bagi membezakan pengunaan istilah "pelan" dan "kerangka" | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pelan ialah: 1. Tanah lapang, lapangan 2. Rajah yang menggambarkan bentuk (ukuran, letak) sesuatu bangunan atau rancangan yang sudah diatur untuk dilaksanakan. 3. Bahasa Percakapan bagi perlahan Manakala maksud kerangka pula ialah: 1. Rangka-rangka untuk rumah, kapal dan lain-lain, tulang-tulang (binatang atau manusia) yang tersusun mengikut keadaan yang sebenarnya. 2. Garis kasar atau rangka untuk karangan, lukisan dan lain-lain. 3. rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, lain-lain) 4. ki masih dalam peringkat permulaan (belum sempurna)
| Makna | 05.11.2019 |
blue print | 1)cetakan biru 2)rangka tindakan | Istilah | 04.04.2011 |
Apakah maksud rencana? Apakah teknik penulisan rencana? Apakah jenis-jenis rencana? | Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit.3. rangka sesuatu yang dikerjakan4. acara, agenda,jadual,program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama. | Makna | 01.04.2008 |
Apakah yang dimaksudkan oleh rencana? Adakah ia sama seperti esei ataupun karangan panjang? apakah ciri-ciri yang ada dalam sebuah rencana? | Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit. 3. rangka sesuatu yang dikerjakan. 4. acara, agenda, jadual, program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama. | Lain-lain | 20.08.2009 |
Salam Kemerdekaan. 1) Adakah perkataan ditransformasikan boleh diguna pakai? 2) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai diguna pakai dalam mengantikan perkataan "Blue Print" Terima kasih. | 1. Perkataan "ditransformasikan" adalah betul dan boleh digunakan. 2. Istilah bahasa Melayu untuk blue print ialah 1. cetak biru 2. rangka tindakan | Istilah | 11.09.2012 |
apakah maksud garis kasar? adakah bermaksud garisan yang tidak halus atau? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, garis kasar bermaksud 1. garis yang dilukis secara kasar 2. rangka, catatan ringkas, maklumat utama (yang dikemukakan tidak secara terperinci) | Makna | 10.02.2011 |
1. Adakah sesuai penggunaan alih bahasa bagi perkataan framework kepada "kerangka" atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. | Istilah bahasa Melayu untuk framework ialah rangka kerja (untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web prpm.dbp.gov.my | Makna | 27.07.2020 |
Apakah perkataan bahasa melayu bagi perkataan berikut: 1. paradigm shift 2. uncovering of evidence 3. future blueprint 4. Season's greetings Apakah perkataan Inggeris bagi : 1.Yang Dipertua 2. Seniman Agung 3. Salam Sejahtera Adakah perkataan "menari" dan "berdansa" sama? Tolong bagi contoh ayat untuk perkataan2 ini. terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan yang tersebut; 1. anjakan paradigma, 2.mendedahkan bukti, 3.rangka tindakan masa hadapan, 4.Selamat Hari Krismas dan Selamat tahun baru. Dalam Kamus Dewan menari bermaksud melakukan tari (gerakan badan serta tangan dan kaki berirama) mengikut rentak muzik, manakala berdansa bermaksud menari cara Barat. Ini bermakna menari lebih luas konsepnya dan contoh-contoh ayat boleh dilihat dalam kamus, buku, majalah dan artikel yang berkaitan. | Lain-lain | 24.12.2007 |