Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah ayat di bawah ini betul? a)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti yang dalam Rajah 1-1. b)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. Bagaimanakah penggunaan kata sendi yang betul?Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1.Tatabahasa08.07.2012
Apakah kata hubung bagi rangka ayam? Adakah 1 ekor rangka ayam?Untuk makluman kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Contoh kata hubung ialah dan, atau, tetapi dan sambil. "Ekor" ialah penjodoh bilangan. Dalam konteks ini, penjodoh bilangan tidak perlu kerana bukan semua benda boleh diberi penjodoh bilangan. Oleh itu, gunakan "1 rangka ayam" sahaja.Tatabahasa31.05.2012
Mohon penjelasan bagi membezakan pengunaan istilah "pelan" dan "kerangka"Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pelan ialah:
1. Tanah lapang, lapangan
2. Rajah yang menggambarkan bentuk (ukuran, letak) sesuatu bangunan atau rancangan yang sudah diatur untuk dilaksanakan.  
3. Bahasa Percakapan bagi perlahan

Manakala maksud kerangka pula ialah:
1. Rangka-rangka untuk rumah, kapal dan lain-lain, tulang-tulang (binatang atau manusia) yang tersusun mengikut keadaan yang sebenarnya.
2. Garis kasar atau rangka untuk karangan, lukisan dan lain-lain.
3. rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, lain-lain)
4. ki masih dalam peringkat permulaan (belum sempurna)

Makna05.11.2019
blue print1)cetakan biru 2)rangka tindakanIstilah04.04.2011
Apakah ejaan sebenar untuk " warahmatullahi wabarakatuh "? Dan apakah betul ayat ini " Pelan ini merupakan satu rangka kerja yang komprehensif .." Ini adalah kerana dalam dewan eja "satu rangka" ditanda dengan warna biru iaitu tiada penjodoh bilangan dan warna merah bagi "warahmatullahi wabarakatuh". Mohon bantuan

        1. Menurut Kamus Dewan Perdana ejaan sebenar ialah  “warahmatullahi wabarakatuh” ungkapan ini ditandai dengan warna merah dalam perisian Dewan Eja kerana ungkapan ini adalah kata pinjaman bahasa Arab.

2. Ayat yang betul ialah  " Pelan ini merupakan rangka kerja yang komprehensif .." Tidak semua kata nama perlukan penjodoh bilangan.

Lain-lain17.09.2021
Apakah maksud rencana? Apakah teknik penulisan rencana? Apakah jenis-jenis rencana?Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit.3. rangka sesuatu yang dikerjakan4. acara, agenda,jadual,program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama.Makna01.04.2008
Apakah yang dimaksudkan oleh rencana? Adakah ia sama seperti esei ataupun karangan panjang? apakah ciri-ciri yang ada dalam sebuah rencana?

Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit. 3. rangka sesuatu yang dikerjakan. 4. acara, agenda, jadual, program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama.

Lain-lain20.08.2009
Salam. Saya perlukan terjemahan untuk terma-terma berikut dari bahasa inggeris: 1) Frame Size 2) Aspect Ratio 3) Pre-recorded speech 4) ResolutionKami mencadangkan padanan seperti berikut:

1) "Frame size": Saiz rangka atau saiz bingkai

2) "Aspect ratio": Nisbah bidang atau nisbah aspek

3) "Pre-recorded speech": Pertuturan prarakam atau percakapan prarakaman

4) "Resolution": Resolusi, penyelesaian atau leraian

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah15.03.2021
Salam Kemerdekaan. 1) Adakah perkataan ditransformasikan boleh diguna pakai? 2) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai diguna pakai dalam mengantikan perkataan "Blue Print" Terima kasih.1. Perkataan "ditransformasikan" adalah betul dan boleh digunakan.
2. Istilah bahasa Melayu untuk blue print ialah 1. cetak biru 2. rangka tindakan
Istilah11.09.2012
apakah maksud garis kasar? adakah bermaksud garisan yang tidak halus atau?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, garis kasar bermaksud 1. garis yang dilukis secara kasar 2. rangka, catatan ringkas, maklumat utama (yang dikemukakan tidak secara terperinci)Makna10.02.2011
123

Kembali ke atas