BLUEPRINT | (i) CETAKAN BIRU (ii) RANGKA TINDAKAN | Istilah | 30.03.2011 |
assalamualaikum, saya ingin khidmat nasihat tuan kerana saya dalam rangka membuat kajian tindakan tentang penggunaan kata pemeri dalam kalangan murid tahun 4. apakah kaedah atau teknik yang sesuai untuk saya gunakan untuk keberkesanan kajian ini. sekian terima kasih atas komitmen tuan. | Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.263) Kedua-dua kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 13.07.2014 |
As salam, saya sedang membuat penulisan tesis. Terdapat term statistik yang saya tidak pasti terjemahannya dalam Bahasa Melayu iaitu: Autoregressive Distributed Lag (ARDL) Co-Integration Framework Mohon bantuan. Terima kasih. | Berikut ialah terjemahan bagi perkataan-perkataan di atas: i. autoregressive: autoregresif ii. distributed: teragih iii. lag: susulan iv. co-integration: saling menggabung v. framework: rangka kerja Cadangan kami sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, Rangka kerja saling menggabung susulan autiregresif teragih. Walau bagaimanapun, susunan perkataan ini boleh diubah suai mengikut makna yang betul dan mengikut konteks penulisan tuan. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.09.2020 |