Mohon penjelasan bagi membezakan pengunaan istilah "pelan" dan "kerangka" | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pelan ialah: 1. Tanah lapang, lapangan 2. Rajah yang menggambarkan bentuk (ukuran, letak) sesuatu bangunan atau rancangan yang sudah diatur untuk dilaksanakan. 3. Bahasa Percakapan bagi perlahan Manakala maksud kerangka pula ialah: 1. Rangka-rangka untuk rumah, kapal dan lain-lain, tulang-tulang (binatang atau manusia) yang tersusun mengikut keadaan yang sebenarnya. 2. Garis kasar atau rangka untuk karangan, lukisan dan lain-lain. 3. rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, lain-lain) 4. ki masih dalam peringkat permulaan (belum sempurna)
| Makna | 05.11.2019 |
maksud fungsi dlm bahasa melayu | Saudara, Makna fungsi ialah 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas, peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia? berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn analisis ~ itu amat berkesan. | Makna | 03.07.2010 |
Padanan perkataan atau istilah seperti yang berikut telah ditukar: Meat or fresh meat 141. (1) Meat or fresh meat shall be the edible part of the skeletal muscle of an animal, other than fish, that is normally used for human consumption and that was healthy at the time of slaughter. It may contain accompanying and overlying fat together with portions of bone, skin, sinew, nerve and blood vessels that normally accompany the muscle tissue and are not separated from it in the process of dressing. It may be accompanied by edible organs. Daging atau daging segar 141. (1) Daging atau daging segar hendaklah bahagian boleh makan daripada otot rangka sesuatu binatang, selain ikan, yang biasanya digunakan untuk makanan manusia dan yang sihat pada masa penyembelihannya. Ia boleh mengandungi lemak yang ada bersamanya dan melapisinya bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan. Adakah padanan yang digunakan adalah bersesuaian bagi accompanying, sinew, nerve, dressing dan edible organ? | Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: accompanying - sertaan sinew - sinew; tendon nerve - saraf dressing - pelapahan edible organ - organ boleh dimakan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 05.06.2021 |