Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.ka/] | رڠکق

Definisi : ; merangkak 1. berjalan dgn ber­tumpu di atas tangan dan lutut: dia terpaksa ~ perlahan-lahan apabila sampai di tempat yg curam; baru pandai ~ a) baru pandai bergerak di atas tangan dan lutut (kanak-kanak); b) ki baru mulai, baru mencuba-cuba (melakukan sesuatu dll); 2. ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan (bkn masa dll), menyusup: malam ~ dr senja ke Maghrib dan terus masuk waktu Isyak; pengaruh Barat ~ masuk ke dlm alam fikiran kita; merangkak-rangkak maju dgn lambat, tidak lancar, terhenti-henti (belajar, membaca, ber­cakap, dll): ada yg tidak dapat membaca sekali-kali, ada yg ~ membaca; ia menanyai Hilmy dgn bahasa Melayu pasar yg terlalu ~; memang dia masih ~ utk mengenal dunia; merangkaki 1. mendekati atau meng­ham­piri dgn merangkak: Hanira perlahan-lahan ~ tangga flat; 2. ki menghampiri waktu (masa) dgn perlahan-lahan: hari kian ~ tepi petang; merangkakkan membuat (membiarkan) me­-rang­kak: ~ anak; terangkak-rangkak tidak lancar dan agak kekok dlm membuat sesuatu: semakin parah lagi apabila mereka ~ menggunakan kom­puter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka/] | رڠکق

Definisi : ; merangkak 1 bergerak dgn bertumpu di atas tangan dan lutut (dada dan perut tidak mencecah tanah): Anaknya baru pandai ~. 2 ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan. merangkak-rangkak ki tidak maju-maju; tidak lancar (ketika membaca dll); tersangkut-sangkut: Ada yg tidak dpt membaca sama sekali dan ada pula yg ~. Kereta kami ~ mendaki jalan ke Bukit Fraser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkak
Kata Terbitan : merangkak, merangkak-rangkak, merangkaki,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah betulkah penggunaan kata panggilan untuk buaya-Sang Bedal dan kura-kura-Sang Rangkak?sekiranya salah apakah panggilannya yang betul?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya. Untuk makluman, DBP tidak mempunyai satu senarai yang khusus tentang nama yang patut diberikan kepada binatang seperti Sang Bedal untuk buaya atau Sang Rangkak untuk kura-kura. Oleh itu, puan boleh memberikan sebarang nama bergantung pada kesesuaian.Lain-lain16.04.2011

Kembali ke atas