Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.ku.man] | رڠکومن

Definisi : 1. ki pelukan, lingkungan: menyatukan manusia dlm suatu ~ kehidupan cinta kasih dan saling mengerti; 2. ringkasan, ikhtisar (dr huraian dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ku.man] | رڠکومن

Definisi : pelukan; lingkungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkum
Kata Terbitan : merangkum, merangkumi, merangkumkan, terangkum, rangkuman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apa istilah sesuai untuk 'financial inclusion product' dalam BM? Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Financial_inclusion Terima kasih.Cadangan kami bagi istilah “financial inclusion product” ialah produk rangkuman kewangan. Istilah08.10.2019
Soalan : Apakah terjemahan terbaik ke bahasa Melayu untuk "Inspire Inclusion" adalah "Inspirasikan Keterangkuman". Adakah ini tepat dan betul dengan tatabahasa? https://www.internationalwomensday.com/ThemeCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah Inspire Inclusion ialah Rangkuman Inspirasi.Penyemakan dan penterjemahan17.11.2023
Mohon bantuan mengenai terjemahan perkataan untuk konsep "social inclusion". Konsep ini bermaksud memastikan semua ahli masyarakat tidak tertinggal/terkesamping dari aspek ekonomi, sosial, politik, dan sebagainya. Ia adalah satu konsep kebajikan. Lawan kepada perkataan "Social exclusion". Terima kasih."Inclusion" dapat diterjemakan sebagai "rangkuman". Namun begitu, dalam konteks maksud yang Saudara berikan dan dalam bidang ekonomi pembangunan, "social inclusion" boleh diterjemahkan sebagai "penyertaan sosial".Penyemakan dan penterjemahan24.11.2014
Mohon bantuan untuk mendapatkan terjemahan bagi istilah "index for inclusion". Konsep "inclusion" berkaitan Program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang dihadiri oleh MBPK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. MBPK terdiri daripada 6 kategori iaitu: i) Ketidakupayaan penglihatan ii) ketidakupayaan pendengaran iii) ketidakupayaan fizikal iv) ketidakupayaan pendengaran v) masalah pembelajaran vi) ketidakupyaan pelbagai Terima kasih.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah index for inclusion ialah indeks untuk rangkuman.Penyemakan dan penterjemahan12.03.2024

Kembali ke atas