Saya mencari maksud sebenar perkataan berikut :- 1. Rantai Pemerintahan 2. Kuasa 3. Bidang Pengawalan 4. Pembahagian Jabatan | Untuk makluman perkataan rantai pemerintahan, kuasa, bidang pengawalan dan pembahagian jabatan tidak ada dalam daftar istilah kami. Walau bagaimanapun, maksud setiap perkataan boleh dirujuk secara berasingan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Contohnya, perkataan 'rantai' diberi beberapa definisi dalam Kamus Dewan bergantung pada konteks penggunaannya. | Istilah | 14.01.2011 |
1) penjodoh bilangan yang sesuai bagi jarum dan cangkul?? 2) ibu menjahit sepasang baju menggunakan seutas/selembar/sebuku benang...yang mana jawapan yang paling sesuai? apakah perbezaan seutas,selembar,dan sebuku... | 1. sebatang cangkul, sebatang jarum. 2. Utas penjodoh bilangan yang digunakan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. Lembar penjodoh bilangan bagi tali atau benang. 2 penjodoh bilangan untuk benda yang panjang atau yang luas bidangnya (tali, benang, kertas dll). tali atau benang. Buku pula penjodoh bilangan untuk benda berbongkah seperti sebuku sabun, sebuku benang. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuku benang. | Tatabahasa | 10.08.2014 |
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan) | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama. | Makna | 17.02.2010 |
Tuan, yang manakah betul antara "jelas pada kita" dengan "jelas kepada kita"? Bukankah untuk manusia, sendi nama "kepada" digunakan? Contoh ayat: (1) Dengan memecahkan persoalan-persoalan tersebut, barulah akan jelas pada kita pentingnya bahasa dalam kehidupan manusia. "Kita" manusia, jadi patutlah dikatakan "jelas kepada kita", tetapi saya tidak berasaskan pernyataan "kita" manusia sahaja kerana ada kaedah pembedaan guna lain antara sendi nama "pada" dengan "kepada". "Pada" menunjukkan tempat sandaran, "kepada" menunjukkan tempat tujuan, jadi untuk sendi nama "kepada", gerak sesuatu barang kepada sesuatu penerima pasti wujud, seperti dalam ayat: (2) Ayah menghadiahkan seutas rantai kepada ibu - "rantai" bergerak daripada "ayah" menuju "ibu", maka "ibulah" tempat tujuan dan patut didahului sendi nama "kepada". (3) Kertas itu tertampal pada papan pernyataan - "papan pernyataan" tempat bersandar "kertas itu". Berdasarkan ayat (1), "kejelasan" kepentingan bahasa dalam kehidupan itu timbul pada kita, bersandar pada kita, maka sendi nama yang tepat "pada", kan? Jadi, rangkai kata yang betul "jelas pada kita" bukan "jelas kepada kita". Betulkah pandangan saya? | Selamat petang: Terima kasih atas huraian yang diberikan. Sila rujuk maklumat lanjut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. Sekian. | Tokoh | 10.12.2016 |
APA itu inhalan? APA itu emas? Apa itu tatkala Tatkala atau tatkila? | 1. Inhalan bermaksud ubat sedut 2. Emas merujuk kepada logam berwarna kuning yg mahal harganya, yang biasanya dijadikan perhiasan seperti cincin, rantai dan sebagainya. 3. Perkataan yang tepat ialah tatkala yang bermaksud ketika (itu), pada masa (itu) dan waktu (itu).
| Makna | 15.04.2016 |
Salam sejahtera tuan/puan. Apakah terjemahan bagi istilah-istilah berikut? 1. Calf Restraints 2. Calving Chains & Ropes 3. Calf Halter (Bidang: Penternakan Lembu) Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Calf Restraints - Pengekang Anak Lembu 2. Calving Chains & Ropes - Rantai dan Tali Anak Lembu 3. Calf Halter - Tali Kajai Anak Lembu | Istilah | 03.03.2016 |
Aslm pihak khidmat nasihat DBP, Apakah perbezaan antara men...i dan men..kan, atau di...i dan di...kan? (bukan dalam konteks objek bernyawa atau tidak) Contoh: 1) Kakak mengambilkan segelas air suam untuk datuk. (Menurut buku saya, ayat ini salah, tetapi bukankah kalau apitan meN..kan, ia perlu diikuti objek?) 2)Pemuda itu membelikan tunangnya seutas rantai emas atau Pemuda itu membelikan seutas rantai emas untuk tunangnya? Adakah apitan meN..i dan meN..kan membawa 'maksud berbeza', apabila digunakan dalam ayat-ayat tertentu? Contohnya: melakukan perbuatan untuk seseorang :membawakan, menyebabkan objek berlaku :menghilangkan Mohon penjelasan. Selain itu, bilakah dimasukkan apitan -kan atau -i dan bilakah ia digugurkan? Contoh : 1) Dia mengisi borang atau Dia mengisikan borang 2) Kakak mengambilkan datuk segelas air suam atau Kakak mengambil segelas air suam untuk datuk. Mohon penjelasan untuk setiap soalan yang dikemukakan. | Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Tidak berlaku pengguguran apitan meN-...-kan atau meN-...-i, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sesuai ialah mengambil. | Tatabahasa | 23.09.2015 |
No. Pendaftaran 230/2015, 232/2015, 233/2015, 236/2015 Permohonan kami seperti di atas telah ditolak dan komen adalah tukar kepada Kedai Jam daripada Butik Jam. 1) Apakan beza antara butik dengan kedai ? 2) Adakah butik tidak boleh digunakan mulai tahun 2015? Sila nasihat kami. Sekian terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, butik bermaksud kedai yang menjual pakaian wanita dan hiasan badan wanita seperti rantai leher, gelang, cincin dan sebagainya. Oleh itu, butik tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Sila tukar kepada Kedai Jam dan hantar semula untuk pengesahan. | Lain-lain | 13.01.2015 |