Assalammualaikum Tuan/Puan Pengurusan JPJ Kelantan telah memutuskan untuk membuat papan tanda/bunting sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong yang masuk melalui sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Jabatan ini memohon pandangan pihak Tuan. apakah susunan ayat yang lebih tepat bagi maksud mengalu-alukan kedatangan masyarakat daripada sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Berikut adalah cadangan ayat untuk perkara tersebut daripada pihak Jawatankuasa: Cadangan 1 : SELAMAT DATANG RANTAU PANJANG Cadangan 2 : SELAMAT DATANG KE RANTAU PANJANG Untuk makluman Tuan, cadangan ayat di atas dicadangkan untuk diletakkan pada "bunting" di hadapan Pejabat Kawalan Sempadan oleh JPJ dan papan tanda di atas premis Stesen Kawalan Sempadan. Segala tunjuk ajar daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Selamat Datang ke Rantau Panjang". Jika kita mengungkapkan Selamat Datang Rantau Panjang maknanya kita mengalu-alukan kedatangan orang yang bernama Rantau Panjang seperti Selamat Datang Ahmad. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
Tuan/Puan yang dihormati, Syarikat kami telah memiliki sebuah kapal FPSO yg terbesar di rantau Asia yang bernama "ARMADA PERKASA". Pihak syarikat kami bercadang membina sebuah lagi kapal FPSO atas permintaan yang baik di rantau Asia untuk perkhidmatan itu. Pihak syarikat ingin menamakan kapal yang memiliki ciri-ciri berikut: 1) Di dahulukan dengan “Armada” 2) Nama dalam Bahasa Melayu 3) Sejajar dengan nama “Perkasa”, bermula dengan huruf “P” 4) “Perkasa” bermaksud gagah berani dan nama baru hendaklah bercirikan sepertimana nama tersebut supaya senang diingat, dikenali dan bakal mencipta nama di arena/persada marin baik di rantau Asia mahupun bakal gah di dunia. Jasa baik tuan/puan teramat kami hargai. Sekian. Terima kasih | Cadangan : 'Armada Buana'. Buana bermaksud dunia, jagat, bumi. Atau 'Armada Betara Kala'. Nama pahlawan agung mitos Sannskrit. | Lain-lain | 26.02.2008 |
istilah - istilah berikut dalam BM : 1. Pagar anti-climb 2. Wash bay (di tapak pembinaan) 3. Focal point 4. Ramp 5. Park and Ride 6. Smart Parking 7. Waste to Wealth 8. Electricity Smart Metering 9. Smart Bin 10. Rubble Pitching Wall | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anti climb fence ialah pagar anti panjat, wash bay ialah ruang cuci, focal point ialah titik fokus, ramp ialah tanjakan, park and ride ialah pandu dan rantau, smart parking ialah tempat letak kereta pintar, waste to wealth ialah sisa ke sumber, electricity smart metering ialah permeteran pintar elektrik, smart bin ialah tong pintar, dan rubble pitching wall ialah tembok mengunjam batu. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.07.2023 |
Apakah masalah dari sedi penggunaan kata dalam ayat-ayat ini: 1. Setiap kelas diminta membina SUDUT bacaan masing-masing. 2. Dia tidak dapat menerima SUDUT pandangannya yang agak keterlaluan itu. Terima Kasih | SUDUT (KAMUS DEWAN EDISI EMPAT) 1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll<i> i>2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu<i> i>3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: <i>kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby;i> 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi;. Kedua-dua penggunaan perkataan 'sudut' adalah tepat. | Tatabahasa | 15.10.2012 |
Salam sejahtera, Terdapat banyak telenovela Indonesia di kaca TV kita sekarang ini. Soalan-soalan saya: 1) Kenapakah telenovela Indonesia yang berbahasa Melayu Indonesia itu diberikan sarikata bahasa Melayu Malaysia? 2) Adakah ini menunjukkan bahasa Melayu di kedua-dua negara ini tersangat berbeza sehingga memerlukan sarikata? Ini kerana, drama dari Amerika Syarikat yang menggunakan American English tidak diberikan sarikata British English apabila ditayangkan di United Kingdom, dan sebaliknya. 3) Adakah ini bermaksud American English dan British English (dua variasi B.Inggeris yang berbeza dalam bidang World Englishes) lebih dekat dan lebih sama berbanding dengan B.Melayu Indonesia dan B.Melayu Malaysia? Yakni, adakah B.M Indonesia dan B.M Malaysia sudah terpisah jauh sehingga memerlukan sarikata? 4) Apakah komen MABBIM tentang perkara sarikata tersebut? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu (Malaysia) tidaklah persis seratus peratus. Ada perkataan mempunyai makna yang sama sekali berbeza, contohnya perkataan kapan, dalam bahasa Indonesia bermaksud bila, manakala dalam bahasa Melayu (Malaysia) bermaksud kain yang membalut mayat. Begitu juga dengan perkataan butuh, dalam bahasa Indonesia bermaksud perlu, manakala dalam bahasa Melayu (Malaysia) berkenaan kemaluan lelaki. Sudah semestinya kata butuh di negara kita tidak diungkapkan secara terbuka lebih-lebih lagi untuk siaran awam. Oleh itu, bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham ada baiknya drama/filem Indonesia diberi sari kata dalam bahasa Melayu (Malaysia). Untuk makluman saudara MABBIM merupakan sebuah badan kebahasaan serantau yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini. Sehingga kini isu penggunaan sari kata dalam drama/filem Malaysia/Indonesia belum pernah dibincangkan. | Lain-lain | 17.01.2011 |
Asal usul bahasa Melayu | Asal usul bahasa Melayu boleh ditelusuri melalui sejarah panjang perkembangan bahasa dan budaya di rantau Nusantara. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dalam rumpun Austronesia, iaitu keluarga bahasa yang digunakan di kawasan Asia Tenggara, Pasifik, dan sebahagian Madagascar. Berikut merupakan beberapa buku yang membincangkan asal usul bahasa Melayu, termasuk sejarah dan perkembangan awal bahasa tersebut: 1" style="list-style-type: decimal;"> - "Sejarah Bahasa Melayu" oleh Asmah Haji Omar
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini memberikan gambaran komprehensif mengenai perkembangan bahasa Melayu dari zaman purba hingga moden.
- "The Malay Language: Its Origin and Development" oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad
- Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
- Buku ini mengkaji asal usul bahasa Melayu dan perkembangannya dalam konteks sejarah dan budaya.
- "Language and Society in the Malay World" oleh Peter G. Schmid
- Penerbit: NUS Press
- Buku ini membincangkan tentang bahasa Melayu dalam konteks masyarakat dan sejarah di kawasan Nusantara.
- "Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago" oleh Peter Bellwood
- Penerbit: ANU Press (Australian National University Press)
- Buku ini meneliti migrasi awal manusia ke kawasan Asia Tenggara, termasuk perkembangan awal bahasa Melayu.
| Lain-lain | 09.09.2024 |
Mana yang LEBIH sesuai digunakan bagi jawatan Regional Manager dalam Bahasa Melayu sama ada Pengurus Wilayah atau Pengurus Rantau. Sekian,terima kasih. | Saudara, terjemahan bahasa Melayu yang sesuai bagi Regional Manager ialah Pengurus Kawasan. Untuk keterangan lanjut, sila klik pada laman ini 1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Regional+Manager&d=1. | Lain-lain | 26.01.2011 |
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat. | Sdr, Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus. | Istilah | 30.03.2009 |
ulaskan asal usul perkataan melayu | Mohon rujuk buku-buku yang disertakan bagi mendapatkan maklumat yang berkenaan. 1" style="list-style-type: decimal;"> - "The Malay Civilization" oleh Mohd Arof Ishak
- Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
- Buku ini mengupas sejarah asal usul orang Melayu dari segi budaya, masyarakat, dan tamadun yang berkembang di Kepulauan Melayu.
- "Tamadun Alam Melayu" oleh Mohd Yusoff Hashim
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini menyelidiki tamadun dan asal usul masyarakat Melayu melalui kajian sejarah dan arkeologi.
- "Sejarah Melayu" (Sulalatus Salatin) oleh Tun Sri Lanang
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Versi lain mungkin diterbitkan oleh penerbit yang berbeza.
- Ini adalah salah satu naskhah klasik yang penting dalam memahami sejarah orang Melayu, walaupun ia lebih berbentuk hikayat, tetapi memberi gambaran tentang asal usul dan keagungan kerajaan-kerajaan Melayu.
- "The Malays: Their Problems and Future" oleh Syed Husin Ali
- Penerbit: The Other Press
- Buku ini mengkaji asal usul orang Melayu dari sudut pandang sosial, ekonomi, dan politik.
- "Asal Usul Melayu: Menulis Semula Sejarahnya" oleh Mohd Arof Ishak
- Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
- Buku ini membincangkan teori-teori mengenai asal usul orang Melayu dan peranan mereka dalam perkembangan tamadun di rantau ini.
| Penyelidikan | 08.09.2024 |