Betul ke ayat di bawah? Peliharaan burung unta tidak memerlukan penjagaan rapi. | Saudara Azmazaira, Ayat yang betul ialah : Pemeliharaan burung unta tidak memerlukan penjagaan rapi. Perkataan 'pemeliharaan' bermaksud perihal atau perbuatan memelihara, manakala perkataan 'peliharaan' bermaksud sesuatu yang dipelihara. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
1. Amir suka membaca buku cerita. ( Adakah betul jika ayat ini ditukar kepada ayat pasif seperti berikut ? Jika salah bagaimanakah membetulkannya ?) Buku cerita suka dibaca oleh Amir. 2. Ayat yang mana satu betul ? Atau kedua-duanya boleh diterima ? Kalau salah bagaimanakah membetulkannya ? a) Li Li menyusun kerusi-kerusi dengan rapi di dewan. b) Li Li menyusun kerusi dengan rapi di dewan. a) Li Li bermain dengan gembira di taman permainan. b) Li Li bermain di taman permainan dengan gembira. a) Piala-piala yang hendak disampaikan kepada murid-murid disusun dengan rapi di atas meja. b) Piala yang hendak disampaikan kepada murid disusun dengan rapi di atas meja. *Soalan dihantar semula kerana tidak dapat dicari dalam rekod pertanyaan fail yang dihantar tadi. TQ. | 1. Ayat pasif - Buku cerita suka dibaca oleh Amir. 2. Li Li menyusun kerusi dengan rapi di dewan. Tidak perlu dijamakkan perkataan kerusi kerana perbuatan menyusun telah menunjukkan dilakukan kepada benda yang jamak (sama seperti ayat 4). 3. Li Li bermain dengan gembira di taman permainan. Li Li bermain di taman permainan dengan gembira. Kedua-dua ayat betul. 4. Piala yang hendak disampaikan kepada murid disusun dengan rapi di atas meja. | Tatabahasa | 17.10.2012 |
APA DIA WACANA KESEPADUAN DAN JUGA WACANA KERAPIAN? BOLEH JELASKAN SEDIKIT BERSERTA DENGAN CONTOH?? | Wacana bermaksud kesatuan fikiran sama ada lisan atau tulisan. Sepadu bermaksud satu kesatuan, berjalin. Rapi bermaksud teratur, kemas. Oleh yang demikian wacana yang sepadu dan rapi mempunyai ciri-ciri tersebut. Untuk mendapatkan contoh sila rujuk buku atau makalah berkaitan perkara ini di perpustakaan. | Lain-lain | 17.10.2008 |
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK | 1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi". 2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat) d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. - betul. 3. Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya. | Tatabahasa | 23.07.2009 |
Salam, benarkah penggunaan "justeru" dalam ayat ini "Saim akan menduduki UPSR, justeru dia membuat persiapan yang rapi." Sekian, terima kasih. | Justeru membawa dua makna, iaitu i: Justeru bernakna kebetulan, tepat, kena benar; dan ii: malahan, bahkan. Penggunaan yang tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "oleh Itu". Saim akan menduduki UPSR pada bulan September ini. Oleh itu, dia perlu membuat persiapan yang rapi. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
'Nenek menyimpan barang-barang kemasnya dengan rapi.' Bolehkah tuan terangkan kepada saya apakah kesilapan dalam ayat ini. 'Ali memasang angan-angan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara.' Bolehkah kita menggunakan 'memasang angan-angan' terima kasih | Perkataan "barang kemas" memadai dan tidak perlu digandakan, manakala "memasang angan-angan" tiada dalam rujukan kami sama ada dalam bentuk peribahasa atau ungkapan Melayu, perkataan tersebut mungkin digunakan sebagai bahasa percakapan. | Tatabahasa | 11.11.2009 |
Sila rujuk lampiran fail. Terima kasih. | 1. Ayat pasif - Buku cerita suka dibaca oleh Amir. 2. Li Li menyusun kerusi dengan rapi di dewan. Tidak perlu dijamakkan perkataan kerusi kerana perbuatan menyusun telah menunjukkan dilakukan kepada benda yang jamak (sama seperti ayat 4). 3. Li Li bermain dengan gembira di taman permainan. Li Li bermain di taman permainan dengan gembira. Kedua-dua ayat betul. 4. Piala yang hendak disampaikan kepada murid disusun dengan rapi di atas meja. | Tatabahasa | 17.10.2012 |
kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit demam denggi berdarah telah ditematkan di unit rawatan rapi di hospital bekenaan. soalannya adakah benar penggunaan perkataan 'menghidap' atau guna perkataan 'mengidap'. apakah beza pengunaan kedua-dua perkataan tersebut. | Kata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap). | Tatabahasa | 04.11.2013 |
apakah maksud konsep spa aromaterapi? | Puan Bronica, Maksud spa aromatérapi ialah spa yang memberikan rawatan menggunakan minyak harum yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan utk melegakan rasa tegang, sakit dsb. | Makna | 18.01.2010 |
terangkan asal usul,ciri-ciri,dan fungsi bahasa melayu dengan lebih jelas dan lengkap. | Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian yang rapi serta di luar skop khidmat nasihat bahasa. Sila rujuk makalah/kertas kerja/buku yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat tersebut. | Lain-lain | 27.07.2010 |