Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rap.tai] | رڤتاي

Definisi : persembahan percubaan atau latihan besar-besaran sebelum persembahan atau pertunjukan sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rap.tai] | رڤتاي

Definisi : persembahan percubaan (bkn perarakan, pertunjukan pentas dll) sebelum pertunjukan yg sebenarnya: ~ perarakan Hari Kebangsaan. ~ lengkap raptai yg para pesertanya memakai pakaian yg lengkap spt semasa pertunjukan yg sebenarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raptai (kata nama)
Bersinonim dengan percubaan, latihan, persediaan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah raptai dijadikan kata kerja, sebagai contoh, "Kami baru sahaja beraptai"?

Raptai” ialah kata nama  dan tidak boleh dijadikan  kata kerja. Ayat yang sesuai ialah “Kami baru sahaja selesai raptai”.

Tatabahasa11.07.2024

Kembali ke atas