Bagaimana hendak menyertai pertandingan dalam kegiatan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Negeri Johor? Misalnya pertandingan sayembara puisi yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia Bulan Bahasa Kebangsaan Wilayah Selatan, Encik Rusdi Abd. Rahman, Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, no. telefon 07-2358802, no faks 07-2358802 atau melalui e-mel rar@dbp.gov.my">rar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 29.09.2010 |
salam.Dewan bahasa dan pustaka wilayah selatan merancang program puisi di sekitar johor pada waktu terdekat ini? bagaimana saya ingin menghubungi penulis sajak atau syair di sekitar negeri johor memandangkan saya sedang membuat kajian tentang puisi di negeri johor. terima kasih.. | Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Rusdi Abd. Rahman, Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, no. telefon 07-2358802, no faks 07-2358802 atau melalui e-mel rar@dbp.gov.my">rar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 01.02.2010 |
1.Bagaimanakah saya ingin mendapatkan biodata pengarang Saadiah Ibrahim, penulis buku kumpulan cerpen Hati Perempuan yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2007? 2.Bagaimana pula boleh saya menghubungi beliau kerana saya perlu menemuduganya? | Sdr. boleh mendapatkan biodata penulis Saadiah Ibrahim melalui pejabat DBP Wilayah Selatan, No. 1 & 3, Jalan Susur Dato' Mohd. Said Sulaiman 1, Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor. Penerbitan buku kumpulan cerpen "Hati Permpuan" karya beliau adalah di bawah projek pejabat DBP Wilayah Selatan. No. talian am yang sdr boleh hubungi ialah 07-2365855 atau faks: 07-2358686. Antara pegawai pejabat DBP Wilayah Selatan yang boleh sdr. hubungi ialah Sdr. Rusdi Abd Rahman (no. tel: 07-2358802, E-mel: rar@dbp.gov.my">rar@dbp.gov.my). Sekian , terima kasih. Salam. | Lain-lain | 06.09.2008 |
Saya ingin bertanya berkenaan format penulisan edisi buku atau penerbitan contoh, edisi pertama, january 2020, kemaskini julai 2020 ada spesifik format tak? | Salam, Format penulisan edisi buku atau penerbitan contoh Berhubung dengan soalan yang diajukan tersebut, pihak kami memerlukan penerangan lanjut tentang soalan yang diajukan. Oleh itu, mohon kerjasama pihak puan untuk mengajukan soalan tersebut kepada: Encik Mohd Rusdi bin Abd Rahman, Bahagian Buku Umum, 03-2147 9430 rar@dbp.gov.my Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.07.2020 |
Salam,maaf tanya,sis nak tau info lanjut berkenaan ISBN Sis di beritahu oleh pihak sekolah Penulisan Ramadan anjuran saudara Mr Zamri Presiden myMove,,,, Ringkas ayat sis nak tahu bolehkah konten dan idea blogging sis dalam blog koleksi ubat di freedengkiblog.net berupaya di bukukan,atau ebook kan atau buat magazine yang boleh di print dan di jual,sis belum siapkan manuskrip koleksi blog,masih dalam try and adjust,,bagaimana proses selanjutnya,, ,,Sekian,,Terimakasih | Salam sejahtera puan, Maklumat berkenaan dengan penerbitan manuskrip/karya. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa, sebarang pertanyaan berhubung dengan penerbitan karya/manuskrip dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah menghubungi melalui talian telefon dan e-mel agar dapat memperoleh maklumat yang lebih terperinci daripada pegawai yang terlibat dengan hal-hal penerbitan seperti maklumat yang berikut: Rusdi bin Abd Rahman, Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 13, Menara DBP, Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-21479431 013-3607426 e-mel: rar@dbp.gov.my Maklum, terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2020 |