Assalamualaikum. Tuan , mohon pencerahan tentang konsep amalgamasi kaum dan asimilasi kaum. Amalgamasi membawa maksud proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras baharu, cth Pan-Asian, Chindian dll tetapi tiada bukti ketara adanya budaya baharu wujud. Berbanding dengan contoh asimilasi kaum, di mana percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama, contoh masyarakat Indonesia, Cina Peranakan, Chitty Melaka. Bagaimanapun bukan kedua contoh terakhir masyarakat Cina Peranakan dan Chitty Melaka lebih menepati konsep amalgamasi dengan kewujudan ras yang baharu dan budaya yang baharu memandangkan bukan semua budaya masyarakat ini seratus peratus sama dengan bangsa masyarakat tempatan (melayu). Mohon pencerahan terhadap konsep ini dalam konteks hubungan etnik. Terima kasih. | Untuk makluman, amalgamasi tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Akan tetapi, merujuk kepada Sains Politik, dari segi bahasa, amalgamation bermaksud gabungan/penggabungan. | Makna | 26.01.2017 |
Assalamualaikum tuan/puan. Saya, Ras Addina ingin meminta penjelasan daripada pihak tuan/puan berhubung permohonan saya yang tidak diluluskan oleh KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. Besarlah harapan saya agar pihak tuan/puan dapat memberikan penjelasan kepada persoalan saya dengan kadar segera agar saya dapat melakukan perubahan dan melengkapkan permohonan lesen perniagaan taska. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. | Sila klik pada nombor pendaftaran iklan tersebut dan tuan/puan akan lihat komen/pindaan pegawai kami di bahagian bawah. Terima kasih. | Lain-lain | 07.02.2017 |
Assalamualaikum, saya nak minta pendapat tentang penggunaan bahasa rojak, slang, ayat-ayat yg telah dicampur bahasa melayu dengan bahasa english atau accent (seperti: lah, cincai, jom, 4eva, boss, tapau, femes, syok giler, cun, beb, relaks). apa pendapat DBP tentang perkara ini? apa langkah-langkah DBP telah lakukan untuk perkara seperti ini? Harap dapat menjawab soalan saya kerana saya akan membentangkan perkara ini di tempat kerja saya esok. terima kasih. | Dalam arus globalisasi sekarang ini, BM mudah terancam dan dikhuatiri akan pupus sama sekali seandainya beberapa langkah proaktif tidak diambil terhadap bahasa itu mulai sekarang. Penggunaan bahasa rojak memang tidak dapat dikawal memandangkan status sosial masyarakat yang berlainan pendidikan, budaya, agama dan tahap pemikiran berinteraksi antara satu dengan yg lain dalam suatu komuniti yg berbeza etnik dan ras kaum. Untuk mengatasi hal ini, DBP telah pun melakukan pelbagai usaha untuk mengangkat dan memperkasakan BM agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa lain di negara ini. Bahasa rojak merupakan satu variasi atau ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi sahaja. Jika bahasa ini digunakan dalam konteks rasmi, maka akan timbul masalah pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkiatan dengan isu kesantunan bahasa. Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan. DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa khususnya dalam media elektronik. Terdapat rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi citra kebangsaan. | Tatabahasa | 20.01.2017 |
Apa pendapat DBP mengenai penggunaan Bahasa Melayu dikalangan masyarakat? Benarkah ia semakin terpinggir? Merujuk kepada penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin meluas dan lebih teruk lagi ialah penggunaan Bahasa Rojak... Salah siapa? | Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat masih lagi baik dan terkawal. Maksud terkawal di sini ialah DBP telah membuat pemantauan terutamanya penggunaan BM dalam media siaran sama ada cetak, elektronik dan iklan. BM tidak terpinggir tanpa sebab. BM akan terpinggir sekiranya penutur asal bahasa itu tidak mempertahankannya. Dalam arus globalisasi sekarang ini, BM mudah terancam dan dikhuatiri akan pupus sama sekali seandainya beberapa langkah proaktif tidak diambil terhadap bahasa itu mulai sekarang. Penggunaan bahasa rojak memang tidak dapat dikawal memandangkan status sosial masyarakat yang berlainan pendidikan, budaya, agama dan tahap pemikiran berinteraksi antara satu dengan yg lain dalam suatu komuniti yg berbeza etnik dan ras kaum. Untuk mengatasi hal ini, DBP telah pun melakukan pelbagai usaha untuk mengangkat dan memperkasakan BM agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa lain di negara ini. T.kasih. | Lain-lain | 08.09.2008 |
Assalamualaikum, saya nak minta pendapat tentang penggunaan bahasa rojak, slang, ayat-ayat yg telah dicampur bahasa melayu dengan bahasa english atau accent (seperti: lah, cincai, jom, 4eva, boss, tapau, femes, syok giler, cun, beb, relaks) yang digunakan dalam produk-produk yang di hasilkan dalam Malaysia. perkataan-perkataan seperti yg di jelaskan tadi digunakan di dalam produk coklat, gula-gula, biskut dan sebagainya. apa pendapat DBP tentang perkara ini? apa langkah-langkah DBP telah lakukan untuk perkara seperti ini? Harap dapat menjawab soalan saya kerana saya akan membentangkan perkara ini di tempat kerja saya esok. *sila abaikan soalan pertama saya kerana saya tertekan hantar sebelum saya dapat menghabiskan soalan saya tadi. terima kasih. | Dalam arus globalisasi sekarang ini, BM mudah terancam dan dikhuatiri akan pupus sama sekali seandainya beberapa langkah proaktif tidak diambil terhadap bahasa itu mulai sekarang. Penggunaan bahasa rojak memang tidak dapat dikawal memandangkan status sosial masyarakat yang berlainan pendidikan, budaya, agama dan tahap pemikiran berinteraksi antara satu dengan yg lain dalam suatu komuniti yg berbeza etnik dan ras kaum. Untuk mengatasi hal ini, DBP telah pun melakukan pelbagai usaha untuk mengangkat dan memperkasakan BM agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa lain di negara ini. Bahasa rojak merupakan satu variasi atau ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi sahaja. Jika bahasa ini digunakan dalam konteks rasmi, maka akan timbul masalah pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkiatan dengan isu kesantunan bahasa. Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh DBP dalam memperkasakan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Antaranya termasuklah, program Audit Bahasa, Penarafan Bintang PBT dan bank tempatan, pengesahan iklan melalui DBP, pemantauan bahasa kebangsaan dalam media cetak dan elektronik. . Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi citra kebangsaan.
| Lain-lain | 20.01.2017 |