Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rasa-rasa

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Rasa tak mengapa hidung dikeluani.

Bermaksud :

Orang yang membiarkan dirinya diperbodohi orang.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Diperlukan khidmat nasihat DBP dan ayat terbaik untuk susunan ayat di bawah. 1. JOM CETUSKAN KEHANGATAN! 2. CETUSKAN KEHANGATAN RASA! 3. MENCETUS HANGATNYA RASA! 4. MENCETUS KEHANGATAN RASA!

Menurut data kami, ayat yang sesuai ialah MENCETUS KEHANGATAN RASA!
Makna10.03.2017
Diminta khidmat nasihat DBP untuk memeriksa susunan ayat dan ayat terbaik untuk pernyataan ini. 1. JOM CETUSKAN KEHANGATAN! 2. CETUSKAN KEHANGATAN RASA! 3. MENCETUS HANGATNYA RASA! 4. MENCETUS KEHANGATAN RASA!

Menurut data kami, ayat yang sesuai ialah MENCETUS KEHANGATAN RASA!
Makna10.03.2017
bagaimanakah menggunakan istilah 'rasa' dan ' berasa' dengan betul dalam pembinaan ayat?

Mengikut Kamus Dewan, kata “rasa” mempunyai makna (i) perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh bahagian tubuh, contohnya rasa  manis, tawar, masam, masin. Contoh ayat: Rasa badanku seperti dibakar dengan api. Makna (ii) tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa.  Contohnya: gula manis  rasanya . Makna (iii) rasa hati keadaan hati terhadap sesuatu: rasa sedih (kecewa, pilu, senang).  Makna (iv) anggapan tentang baik buruk (salah benar) pendapat, fikiran: rasa adil dan saksama; pada rasa saya.

 

Kata “berasa” pula bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit. Contoh ayat: Kakinya berasa sengal.  (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ;Contoh ayat: Kerana banyak sangat garam, masakan itu berasa sangat masin; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka, marah, geram. Contoh ayat: orang Melayu lekas berasa tersinggung.

Makna14.03.2014
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 'smoky'? ('Smoky' merujuk kepada rasa makanan, iaitu smoky chicken, smoky taste.) Adakah istilah lain yang boleh digunakan selain 'ayam rasa berasap' atau 'rasa berasap'. Sekian, terima kasih.DBP tidak mempunyai padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan smoky yang merujuk kepada rasa makanan. Sungguhpun demikian, kami mencadangkan  smoky chicken diterjemahkan kepada ayam salai dan smoky taste diterjemahkan kepada cita rasa makanan salai.Lain-lain29.10.2018
Adakah frasa dibawah menepati Tatabahasa Bahasa Melayu? 1. Rasa Sebenar Penang 2. Rasa Autentik Penang Terima Kasih

Kami mencadangkan padanan fasa berikut:


1. Cita Rasa Pulau Pinang Sebenar.

2. Cita Rasa Pulau Pinang Asli.

Tatabahasa22.04.2024
Saya memohon sah bahasa dari DBP untuk menggunakan perkataan - terasa - sebagai nama kafe saya. istilah terasa diambil sebagai konsep atau pengalaman. tetapi permohonan ditolak : Cadangan menggunakan nama Rasa (maksud "Rasa" berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), apa saja yang dikecap oleh lidah ketika makan dan minum, manakala "Terasa" bermaksud mengalami rasa hairan, sedih dan insaf dalam hati) atau Berasa (maksudnya mempunya rasa tertentu yang dapat dikesan oleh lidah). Oleh yang demikian nama yang sesuai digunakan ialah Rasa atau Berasa (pilih satu) atau gunakan nama lain dalam bahasa Melayu yang lebih bersesuaian dengan konsep kedai. Hujah saya ialah - jenama kafe tidak perlu terikat secara literal dengan perniagaan kami kerana ianya hanya konsep makna. Contohnya perkataan GIGI atau ZUS tiada kena mengena dengan pernigaan kopi. Terdapat banyak contoh jenama kafe yang tiada kena mengena dengan makanan dan minuman juga Saya meminta nasihat apakah cara terbaik untuk saya kekalkan nama Terasa sebagai nama perniagaan kami. Terima kasih.Sila berikan nombor permohonan untuk rujukan kami dan hantar aduan melalui dbpsahbahasa.my

Untuk makluman, nama perniagaan/jenama GIGI dan ZUS telah berdaftar secara rasmi dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Cadangan kami, jika mahu mengekalkan nama kafe TERASA sebagai nama perniagaan, sila daftar nama TERASA secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mendapatkan hak cipta tanda dagang (trademark).
Lain-lain07.08.2024
Salam, Saya ingin bertanya tentang ayat berikut: -PASIR RASANYA KASAR. Adakah perkataan rasa boleh digunakan dalam ayat di atas, kerana setahu saya, perkataan rasa hanya digunakan apabila kita menggunakan lidah seperti Ubat rasanya pahit. RASA juga boleh digunakan untuk menunjukkan rasa sakit, pedih dan sebagainya. Saya harap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah ini. Sekian.Perkataan 'rasa' memang tidak boleh digunakan dalam konteks ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat rasa merujuk kepada 1. perihal sesuatu yang dikecap oleh lidah, keadaan yang dialami oleh bahagian tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu) 2. tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa 3. keadaan hati terhadap sesuatu 4. anggapan tentang baik buruk (salah benar dll), pendapat, fikiran. Dalam konteks ini, perkara yang boleh diterangkan tentang pasir ialah sama ada bentuk, rupa atau tekstur pasir tersebut. Makna10.11.2011
Rasa ingin tahu sangat sangat atas origin kek = loom.Soalan tidak difahami. Sila jelaskan dengan lebih lanjut.Lain-lain13.09.2024
Perbezaan kata rasa, berasa dan merasa. Contoh ayat 1)Sarah berasa sangat gembira kerana memenangi pertandingan itu. 2)Namun tidak semua merasa gembira dengan pencapaian tersebut. 3)Zetti rasa tercabar kerana selama ini dia merasakan dirinya paling terkenal di sekolah itu.

Rasa ialah apa-apa yang dikecap oleh lidah, apa-apa yang dialami oleh bahagian tubuh dan apa yang dirasakan di hati.

Berasa bermaksud mempunyai rasa dalam hati, mempunyai rasa tertentu yang dapat dikesan oleh lidah dan berada dalam keadaan hairan, insaf dan sebagainya dalam hati.

Merasa bermaksud mengecap untuk mengetahui (rasa makanan dan minuman) dengan lidah, mengalami (rasa sakit atau panas) pada tubuh dan meraba atau menjamah sesuatu dengan tangan atau kaki.

Ayat 1 dan 3 betul. Ayat 2 diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: “Namun, tidak semua berasa gembira dengan pencapaian tersebut.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1826-1827.

Tatabahasa03.10.2024
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara 'rasa bersalah' dengan 'rasa serba salah?'Menurut data kami kedua-dua rangkai kata tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Rangkai kata yang betul ialah berasa bersalah yang bermaksud mengalami perasaan dalam hati  berbuat sesuatu yang salah manakala berasa serba salah iaitu perasaan dalam hati seseorang itu salah dalam segala hal. Makna13.11.2019
12345678910...

Kembali ke atas