Rasanya sudah lama saya tidak mengunjungi laman ini. Salam Ramadan tuan. Pertanyaan saya - jika pusat beli-belah (bukan pusat membeli-belah), bagaimana pula dengan 'aktiviti merentas desa', 'gas memasak', 'aktiviti berlari setempat', aktiviti 'menulis karangan', (sekadar beberapa contoh). Tidakkah apa yang saya catatkan itu membawa maksud sama dengan 'pusat membeli-belah'? Mohon penjelasan tuan. Sekian, terima kasih. | Lazimnya dalam penamaan kita menggunakan bentuk kata nama seperti Pusat Beli-belah. Berdasarkan contoh yang tuan berikan frasa yang betul ialah aktiviti rentas desa danĀ aktiviti lari setempat. Walau bagaimanapun terdapat beberapa frasa penamaan yang tidak mengikut rumus tersebut kerana telah mantap penggunaannya dalam masyarakat seperti termasuklah pertandingan melukis dan pertandingan mengarang esei. Hal ini dianggap sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 03.08.2012 |
Penentuan tatanama geografi yang mengekalkan ejaan `Ch' seperti Cheras, Puchong, Cherating dll rasanya wajar; tetapi rasanya tolak ansur ini tidak boleh diberikan kepada ejaan `Simpang Ampat', `Simpang Anam' dan `Padang Lallang' yang sah nampak gaya sebutan kecinaan. Bagaimanapun ini hanya sekadar pandangan. Terpulang kepada DBP yang menentukan. | Tuan yang dihormati. Penentuan nama tempat bukan ditentukan oleh pihak DBP, sebaliknya pihak berkuasa tempatan yang menentukan nama setempat atas beberapa pertimbangan masing-masing. Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, nama-nama tempat sebelum tahun 1972 dikekalkan ejaan asal dan nama-nama tempat selepas tahun 1972 perlu dieja dengan struktur ejaan rasmi bahasa Melayu. | Lain-lain | 14.11.2017 |
Apakah pola ayat bagi ayat berikut 1) Buah itu rasanya masam 2) Buah itu masam rasanya 3) Padi huma kekuningan 4) Kereta itu kepunyaan abang 5) Dia selalu ke kedai | Salam sejahtera, Tuan, 1) Buah itu rasanya masam - Frasa Nama + Frasa Adjektif 2) Buah itu masam rasanya - Frasa Nama + Frasa Adjektif 3) Padi huma kekuningan - Frasa Nama + Frasa Adjektif 4) Kereta itu kepunyaan abang - Frasa Nama + Frasa Nama 5) Dia selalu ke kedai - Frasa Nama + Frasa Adjektif Sekian, teima kasih.
| Tatabahasa | 14.09.2017 |
1. "yang" digunakan sabagai kata hubung pancangan relatif, selain digunakan dalam ayat majmuk, bolehkah "yang" digunakan dalam ayat tunggal seperti saya tidak suka makan makanan yang mentah. 2. kuih itu rasanya manis, kuih itu manis rasanya. manakah betul? apakah golongan kata "rasanya"? terima kasih. | 1. Ayat "Saya suka makan makanan yang mentah." adalah betul. 2. Ayat yang betul ialah "Kuih itu rasanya manis." 3. "Rasanya" ialah kata tugas | Tatabahasa | 09.10.2013 |
Saya ingin mengetahui sama ada kedua-dua ayat (1) dan (2) ini gramatis atau tidak lantaran ada yang berpendapat struktur ayat (1) itu salah. (1) Jus limau ini rasanya sungguh manis. (2) Jus limau ini sungguh manis rasanya. Terima kasih. | Ayat kedua iaitu Jus limau ini sungguh manis rasanya lebih gramatis berbanding ayat pertama. | Tatabahasa | 16.08.2017 |
Salam, Saya ingin bertanya tentang ayat berikut: -PASIR RASANYA KASAR. Adakah perkataan rasa boleh digunakan dalam ayat di atas, kerana setahu saya, perkataan rasa hanya digunakan apabila kita menggunakan lidah seperti Ubat rasanya pahit. RASA juga boleh digunakan untuk menunjukkan rasa sakit, pedih dan sebagainya. Saya harap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah ini. Sekian. | Perkataan 'rasa' memang tidak boleh digunakan dalam konteks ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat rasa merujuk kepada 1. perihal sesuatu yang dikecap oleh lidah, keadaan yang dialami oleh bahagian tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu) 2. tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa 3. keadaan hati terhadap sesuatu 4. anggapan tentang baik buruk (salah benar dll), pendapat, fikiran. Dalam konteks ini, perkara yang boleh diterangkan tentang pasir ialah sama ada bentuk, rupa atau tekstur pasir tersebut. | Makna | 10.11.2011 |
Salam sejahtera tuan, Adakah ayat di bawah betul? i. Nasi goreng yang sudah siap masak itu sungguh enak rasanya. Terima kasih. | Ayat yang betul, "Nasi goreng yang sudah siap dimasak itu sungguh enak rasanya". | Tatabahasa | 05.08.2014 |
Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. 1. Adakah tatabahasa ayat di atas betul ? 2. Adakah penggunaan "nya" dalam ayat betul ? Terima kasih. | Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 08.03.2016 |
Salam 1 Malaysia..saya ingin kemukakan pertanyaan. Air teh yang dibancuh oleh Cik Anita _________ rasanya kerana tidak dibubuh gula. A manis B masin C pahit D masam # bolehkah pahit dikira sebagai jawapan?harap DBP boleh membantu memberi jawapan tepat | Ayat yang betul dari segi tatabahasa dan aspek makna ialah: Air teh yang dibancuh oleh Cik Anita pahit rasanya kerana tidak dibubuh gula. | Makna | 16.10.2014 |
Mangga harumanis yang dipetik oleh abang itu rasanya manis. Adakah betul ejaan harumanis? Apakah ejaan yang sebetulnya sekiranya ejaan tersebut salah?Minta penjelasan pihak dbp. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah harum manis. Contoh ayat: Harga untuk sekilogram buah mangga Harum Manis ini ialah RM4.50 | Ejaan | 20.05.2020 |