Assalamualaikum dan salam sejahtera, Untuk penggunaan perkataan 'Rasul', 'rasul' atau 'Rasul'? Contoh: Allah dan Rasul... atau Allah dan rasul? Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam. Penulisan yang betul ialah Allah SWT dan Rasulullah SAW atau Allah dan Rasul. | Ejaan | 09.12.2014 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'rasul'. 'Rasul' atau 'rasul'? Terima kasih. | Waalaikumsalam. Perkataan "rasul" dieja dengan huruf kecil (Kamus Dewan Edisi Keempat), kecuali "Rasulullah" yang dieja menggunakan huruf besar bagi "R". | Tatabahasa | 14.01.2015 |
Apakah terjemahan bagi "rasul" dan "nabi"? Adakah nabi dan rasul ini kata nama khas? | RASUL Utusan atau pesuruh Allah yang telah menerima syariat untuk disampaikan kepada umatnya. Rasul juga merupakan utusan atau pesuruh Allah yang dipilih-Nya untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain NABI Orang yang dipilih Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan tidak diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain. Perkataan "rasul" dieja dengan huruf kecil (Kamus Dewan Edisi Keempat), kecuali "Rasulullah" yang dieja menggunakan huruf besar bagi "R". Perkataan “nabi” dieja dengan huruf kecil kecuali jika ia diikuti dengan nama-nama nabi tersebut, perlu dieja dengan huruf besar bagi "N". Contoh: Nabi Yaakub, Nabi Syu'ib, Nabi Sulaiman, Nabi Saleh, Nabi Ayub (sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua dari muka surat 1878 dan 1879 untuk ejaan yang betul bagi 25 nama nabi) | Lain-lain | 14.10.2021 |
ejaan maulidul rasul, sama ada maulidur atau maulidul? | Ejaan yang betul ialah Maulidur Rasul. | Ejaan | 02.07.2013 |
Maulid al-rasul atau maulidurrasul yang benar ejaannya? | Ejaan yang betul ialah "Maulidur Rasul". | Ejaan | 28.03.2024 |
Salam hormat, Lema *Jibrail - mentakrifkan malaikat yang menyampaikan wahyu kepada rasul atau nabi. Manakala *Jibril (ejaan tanpa a) terdapat pada lema *wahyu mentakrifkan firman (kalam) Allah yang dibaca kepada nabi dan rasul-Nya yang disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya. Juga pada lema *mewahyukan - mentakrifkan menurunkan wahyu kepada, menyampaikan petunjuk (pengajaran dll) dengan wahyu disampaikan kepada Nabi oleh Jibril... Persoalannya - boleh perkataan *Jibril digunaka di samping perkataan *Jibrai? | Salam hormat dan terima kasih atas perhatian yang diberikan. Untuk makluman, kamus terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Dewan Perdana, 2020) telah memasukkan entri Jibril dan ditakrifkan seperti berikut: Jibril جبريل [dʒib·ril] n malaikat yg tugasnya menyampaikan wahyu kpd rasul Manakala entri Jibrail ditakrifkan seperti berikut: Jibrail جبرائيل [dʒib·rɒ.·il] n Jibril Walaupun kedua-dua ejaan dimasukkan sebagai entri, ejaan Jibril lebih lazim penggunaanya berbanding Jibrail. Terima kasih. | Ejaan | 18.05.2025 |
assalamualaikum. soalan saya, Kata ganti diri ketiga untuk tuhan iaitu '-Nya' dieja dengan tanda sengkang atau tidak? Yang mana satu betul: Allah dan Rasul-Nya atau Allah dan RasulNya dan apakah sebab-sebabnya? | Apabila huruf kecil ditulis bersama-sama dengan huruf besar, tanda sempang digunakan seperti dalam perkataan Allah dan Rasul-Nya. | Ejaan | 07.04.2008 |
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab. | 1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut. 2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri". | Tatabahasa | 15.02.2011 |
assalamualaikum/ salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan kepastian adakah perkataan bahasa Arab bagi senarai nama nabi dan rasul, perlakuan solat, dll dalam ejaan Bahasa Inggeris sama dengan ejaan dalam Bahasa Melayu? Adakah terdapat satu standard ejaan bagi perkataan dalam bahasa Arab yang telah dialihbahasa kepada Bahasa Inggeris? | Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, terbitan DBP merakamkan ejaan (Rumi dan Jawi) perkataan yang diambil daripada Kamus Dewan dan beberapa buku istilah. Panduan mengeja perkataan pinjaman termasuklah kata pinjaman daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris diterangkan dalam buku ini. | Ejaan | 19.10.2011 |
SAYA INGIN MENGETAHUI DEFINISI WAHYU | Maknanya ialah firman (kalam) Allah yg dibacakan kpd nabi dan rasul-Nya yg disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 23.11.2009 |